Selasa, 12 Ogos 2014

SEMALAM DIAM HARI INI BISING…

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (Selasa,16 Syawal 1435H)
SEMALAM DIAM HARI INI BISING…
Ramai orang tidak suka suasana atau bunyi yang bising. Kereta yang kita pandu atau alatan elektrik yang kita guna, tiba-tiba mengeluarkan bunyi bising tidak seperti biasa tentu membimbangkan dan mencemaskan kita. Tetapi bukan sedikit juga suka pada suasana yang bingit dan bising. Contoh di pusat-pusat hiburan, disko dan seumpamanya. Mereka ini tidak bimbang dan cemas pun sebab mungkin sudah biasa.
PENCERAHAN :
Biasanya aurat lelaki dipandang remeh berbanding aurat wanita, kenapa? Jika terlihat ada wanita yang memakai tudung singkat, kecil, pakai legging, pakai skirt, dan bermacam-macam lagi, akan terdengarlah ramai kaum lelaki yang akan bising-bising menyalahkan, mengherdik, mencaci dan sebagainya. Kononnya ingin menyedarkan dan rasa tanggungjawab sebagai seorang Islam.
Keprihatinan tersebut sangatlah positif sebagai umat Islam, tetapi sedarkan sahabat sekalian bahawa anda juga diperhatikan kaum wanita? Ust Kay sebagai seorang lelaki juga agak malu apabila dinyatakan bahawa lelaki lagi ramai yang tidak menutup aurat, tetapi kenapa tiada yang bising-bising dan ambil tindakan? Betulkah orang lelaki lebih ramai tidak menutup aurat?
Jika dahulu masyarakat Melayu Islam lelaki khususnya hanya tidak menutup aurat ketika bersukan, tetapi kini semakin berleluasa apabila seluar pendek @ ‘short pants’ ini menjadi trend dan fesyen untuk berada si khalayak ramai. Seolah-olah mereka tidak tahu aurat mereka sedang ditonton oleh semua orang. Ada khilaf mazhab ke dalam pemakaian seluar pendek ini?
Syeikh Fawwaz mendetailkan hukum berpakaian disisi Mazhab Hanafi (Ma’ahad Fathul Islami adalah sebuah Ma’ahad yang menggunakan Fiqh Mazhab Imam Hanafi).
menyatakan, boleh menerima orang lelaki yang berseluar pendek selama mana pendeknya seluar itu masih dalam kategori sopan, iaitu tidak sendat dan hanya atas sedikit dari paras lutut. Tidak bercawat seperti seluar renang atau sendat seperti seluar orang berbasikal.
Bagi Mazhab Maliki pula, aurat lelaki adalah aurat berat (mughallazah), iaitu kemaluan hadapan (zakar dan buah zakar) dan kemaluan belakang (kedua-dua papan punggung). Walaupun peha termasuk dalam maksud aurat, tetapi bahagian peha hingga ke pangkal lutut dikira sebagai aurat ringan (mukhaffafah) Ini berdasarkan satu hadis riwayat Anas bin Malik r.a yang bermaksud; “Bahawa di dalam Peperangan Khaibar, Rasulullah SAW telah terkoyak kain pada pehanya, sehingga aku ternampak keputihan pahanya.”
Ulama’ mazhab Shafie lebih berhati-hati berpendapat, kewajipan menutup bahagian yang melepasi lutut dan pusat itu supaya mengelak bahagian wajib di antara kedua-duanya itu daripada terdedah. Berdasarkan kaedah, ‘Apabila tidak sempurna kewajipan disebabkan sesuatu itu, sesuatu itupun menjadi wajib. Alasan ini kerana ulama’ Syafi’iyyah sendiri berpegang pada kaedah fahwal kitab, iaitu ‘Apabila yang difahamkan lebih utama hukumnya daripada yang diucapkan’.
Lagipun tergamak kah kita solat berimamkan imam yang pakai kopiah danserban lengkap, berbaju Melayu berbutang sampai atas tapi hanya berseluar pendek?
KESIMPULAN :
Begitu juga biasanya kita hanya bising-bising mengatakan orang perempuan bila bertemu sahaja lebih dari seorang pasti akan mengumpat atau mengata seseorang. Tetapi kenapa kita tidak bising ye, orang lelaki sebenarnya lebih teruk. Belum lagi bertemu hanya sembang dalam bilik ‘group’ WhatsApp atau Telegram, terutama bila topik bab politik. Ya Allah…! Mengalahkan ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri. Mengumpat, mengata, menfitnah, mengadu domba, menambah atau mengurangkan cerita lebih dari orang perempuan sebenarnya. Cuma belum tahap tarik-tarik rambut sahaja…
Wallahu a’lam - Orang lelaki, sorry…! Ukay’s

Tiada ulasan: