السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Ahad, 28 Syawal 1435H. RASA SELAMAT…
Di negara kita Malaysia yang tercinta ini, tidak ada tempat yang benar-benar selamat sekarang, termasuk di dalam rumah sendiri. Kenyataan ini mungkin ekstrem dan keras, tetapi itulah hakikat pahit yang sedang kita hadapi sekarang. Cuba sebut, mana tempat yang harta dan nyawa kita rasa benar-benar selamat? Di mana? Masjid? Kerap kali berlaku kecurian juga adalah dalam kawasan masjid…
PENCERAHAN :
Pagar luar rumah yang dikunci serta diletakkan mangga besar belum menjamin tidak dicerobohi. Tidak cukup dengan pagar luar rumah yang dimangga, usaha ‘memagari’ setiap inci pintu dan tingkap dengan jeriji besi juga tidak mampu menyekat kehebatan perompak yang boleh memotong besi keras berkenaan. Rumah tetap dicerobohi walaupun pelbagai langkah pencegahan telah diambil. Jika tidak menerusi pintu, bumbung pula menjadi laluan. Justeru, tidur kita jadi tidak lelap…tidak merdeka !

Selepas meninggalkan rumah dengan perasaan risau takut rumah dicerobohi, satu perasaan bimbang lain pula yang muncul. Bimbang kalau-kalau menjadi salah seorang mangsa ragut dan rompak di jalanan yang semakin menjadi-jadi sekarang. Baru-baru ini, kereta baharu Toyota Camry sahabat Ust. Kay terpaksa diserahkan kepada perompak yang hanya bersenjatakan parang…
Kita juga risau melepaskan anak-anak keluar bermain di luar rumah atau membiarkannya sendirian ke sekolah. Malang tidak berbau. Silap-silap haribulan, dia boleh diculik, dirogol dan macam-macam jenayah kejam lain yang boleh menimpanya bila-bila masa. Ini bukan soal paranoid. Ini soal realiti apa yang sedang berlaku di persekitaran kita sekarang. Anda hanya perlu menyelak surat khabar untuk mengetahui kebenaran betapa kes-kes jenayah ini berlaku setiap saat, minit, jam dan setiap hari. Allah SWT telah berfirman ;
قُلْ مَن يُنَجِّيكُم مِّن ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ تَدْعُونَهُ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً لَّئِنْ أَنجَانَا مِنْ هَٰذِهِ لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ
Katakanlah: “Siapakah yang mampu menyelamatkan kamu dari bencana-bencana di darat dan di laut? (Ketika) kamu berdoa merayu kepada-Nya dengan merendah diri (secara terbuka) dan secara bersembunyi, (dengan berkata): “Demi sesungguhnya jika Allah selamatkan kami dari bencana ini nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang bersyukur”. (QS Al-Anaam : 63)
Islam itu ertinya bukan ‘selamat’. Selamat dari kalimah ‘Salmun’, Islam bermaksud menyelamatkan. Hanya Allah SWT lah sahaja yang mampu untuk menyelamatkan kita. Oleh itu untuk selamat kita wajib mengikut hanya pada jalan-Nya. Masuk kedalam Islam keseluruhannya… bukan suku-suku, bukan separuh-separuh. Bukan pada urusan kelahiran, kematian dan perkahwinan sahaja kita mengikut Islam, tetapi dalam semua aspek kehidupan termasuklah dalam urusan tadbir urus sesebuah negara.
Bacalah catatan seorang sahabat Ust Kay yang baru-baru ini melawat Negara Brunei ‘Darus Salam’ negara ‘Rumah Keselamatan’. “Aku berasa cukup selamat kerana aku sedang melalui negara yang melaksanakan undang-undang Islam. Negara yang mengharamkan pusat hiburan dan penjualan arak. Ini dapat mengurangkan risiko orang mabuk yang bertindak tanpa akal yang waras. Negara Brunei juga mempunyai ekonomi yang pesat dan kaya raya. Rakyat tidak dibebani oleh hutang piutang disebabkan dasar cukai kerajaan yang melampau. Ini mengurangkan risiko rakyat bertindak terdesak dengan mencuri dan sebagainya. Inilah hikmah negara yang melaksanakan undang-undang Allah untuk menjamin keselamatan pada manusia hidup di dunia dan di akhirat nanti.”
DAPATKAN ‘CCUK EDISI BUKU’ TERBITAN KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF DI KEDAI-KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA DI SELURUH NEGARA TIDAK LAMA LAGI…INSYA ALLAH !
KESIMPULAN :
Pilihlah…! Nak sekadar ‘rasa selamat’ bila melihat kehadiran anggota keselamatan berhampiran dengan kita (itupun belum tentu), atau pun kita nak benar-benar selamat dan dijamin oleh Allah SWT. Wallahu a’lam - Naik kapal terbang pun rasa belum selamat… Ukay’s

Tiada ulasan:
Catat Ulasan