السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Sabtu 9 Ogos 2014).
(Sabtu 9 Ogos 2014).
MENGHORMATI TETAMU YANG DATANG.
Meskipun Syawal sudah belalu beberapa minggu, hari ini sudah memasuki 13 Syawal, namun amalan masyarakat Islam di Malaysia dalam bulan Syawal masih belum habis untuk saling kunjung mengunjungi dengan sesama saudara dan sahabat handai dengan istilah Rumah Terbuka atau Jamuan Raya atau Open House. Terlebih pada hujung minggu terutamanya pada hari sabtu & ahad.
Namun yang perlu di ingat dalam hal yang berkait dengan tetamu adalah bagaimana Islam mengajarkan kepada kita, ketika tetamu datang ke rumah atau kita yang menjemput tetamu datang ke rumah. Allah SWT berfirman:
وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (QS. Al-Hasyr:9).
Dalam tazkirah pagi ini, USM ingin menjelaskan serba ringkas bagaimana Adab Islam mengajarkan kepada kita ketika tetamu datang ke rumah kita:
1. Menyambut kedatangan tetamu dengan berdiri sebagai tanda kita hormat terhadapnya. Diriwayatkan bahawa
Fatimah binti Rasulullah Muhammad SAW ada menceritakan, bahawa setiap kali ia mengun
jungi rumah Ayahandanya, maka baginda Rasul akan bangun berdiri menyambut kedatangnya. (HR Bukhari).
Fatimah binti Rasulullah Muhammad SAW ada menceritakan, bahawa setiap kali ia mengun
jungi rumah Ayahandanya, maka baginda Rasul akan bangun berdiri menyambut kedatangnya. (HR Bukhari).
2. Mengucapkan salam perkenalan atau salam pertemuan atau bertanyakan khabar ketika bertemu dengan tetamu atau menerima tetam yang datang.
3. Menyambut kedatangan tetamu dengan bersalaman (sesama muhrim) atau mencium tangan tetamu yang di hormati atau tetamu orang sholeh. Al-Wazi’ bin Amir menceritakan; “ketika kami sampai di Madinah, ada orang yang memberitahu, itu Rasulullah datang. Kami pun segera menyambut kedatangannya dan mencium tangannya (HR Bukhari).
4. Mempersilakan tetamu masuk serta menyediakan tempat duduk yang baik kepada tetamu yang datang.
“Ketika Rasulullah tengah duduk-duduk dengan para sahabat , datang ayah susu baginda, lalu Rasulullah menghamparkan kain san diduduki oleh ayah angkatnya. Kemudian datang pula ibu susu dan saudara susunya, maka Rasulullah pun menghamparkan kain sehinggakan mereka duduk di atasnya. (HR Abu Daud).

5. Menyediakan makan minumnya atau dengan melayan kerenah tetamu dengan baik, serta menyediakan tempat tinggal, jika tetamu tersebut berhajat untuk menginap. Hak tetamu yang wajib kita tunaikan adalah selama 3 hari. Selebihnya adalah sedekah.
Rasulullah bersabda:
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Rasul Nya, hendaklah ia menghormati tetamu dan jaizahnya, sahabat bertanya: “Apa itu jaizah ya Rasulullah?? Nabi menjawab. Jaizah adalah keperluan tetamu sehari semalam, hak tetamu ada 3 hari. Adapun selebihnya adalah sedekah. (HR Bukhari & Muslim).

Oleh kerana itu wahai saudara sekalian. Jadikan bulan Syawal ini sebagai bulan untuk kita saling menziarahi sesama kita sebagai bentuk Ukhuwah dalam hidup.
Ya Allah jadikan kami hambaMu yang menjaga persaudaraan sesama kita. Jadikan pula kepada kami tuan rumah atau tetamu terbaik dalam melayan tetamu. Kerana menghormati tetamu adalah bahagian dari Iman kepada Mu. Aamiiin ya Robbal ‘Alamiin.!!!!
Wallahu A’lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin)
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin)
Catatan:
Sila kongs
ikan ILMU dengan SAUDARA KITA.
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UTK DISEBARKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.
Dunia Akhirat. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!
Sila kongs
ikan ILMU dengan SAUDARA KITA.
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UTK DISEBARKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.
Dunia Akhirat. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan