السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Sabtu,20 Syawal 1435H.
BERSELISIH JANGAN SAMPAI BERGADUH, BERSAHABAT LEBIH BAIK DARI BERMUSUH.
BERSELISIH JANGAN SAMPAI BERGADUH, BERSAHABAT LEBIH BAIK DARI BERMUSUH.
Kata ahli bijak pandai ; “Carilah sahabat seramai mungkin kerana yang ramai itu sebenarnya belum mencukupi, hindarilah musuh walaupun seorang kerana yang seorang musuh itu sudah jauh dari mencukupi”
Hari ini dan entah sampai bila, di laman-laman sosial saling salah-menyalahkan antara satu sama lain. Mana-mana individu yang tidak disukainya, dicari-cari, dikorek-korek, digali-gali kesilapannya, kesalahannya dan dosa-dosanya. Kemudian disudutkan di sisi yang hitam, kotor dan jijik. Seolah-olah tiada langsung kebaikan dan jasa-jasanya.
PENCERAHAN :
Tidak diragukan lagi, ‘ghibah’ tidak akan mendatangkan kebaikan sekecil apapun meskipun dengan niat yang baik. Begitu pula dengan ‘buhtan’ (fitnah), mencela, berkata-kata keji, kasar, berdusta dan selainnya, semuanya itu tidak mendatang kebaikan sedikitpun. Sebab percayalah ! Keburukan itu tidak akan menghasilkan apapun kecuali keburukan juga.
Tidak diragukan lagi, ‘ghibah’ tidak akan mendatangkan kebaikan sekecil apapun meskipun dengan niat yang baik. Begitu pula dengan ‘buhtan’ (fitnah), mencela, berkata-kata keji, kasar, berdusta dan selainnya, semuanya itu tidak mendatang kebaikan sedikitpun. Sebab percayalah ! Keburukan itu tidak akan menghasilkan apapun kecuali keburukan juga.
Ramai di antara para pengghibah atau para pemburu berita keburukan (termasuklah wartawan media yang suka cari keburukan daripada mencari kebaikan) mengungkap dan menyebarkan berita-berita aib atau keburukan seseorang itu dengan berdalih bahawa semuanya itu dilakukan kononnya untuk kebaikan dan maslahat orang ramai.
وَ إِن طَائِفَتَانِ مِنَ اْلمـُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا
"Dan kalau ada dua golongan dari orang-orang beriman itu berperang (bertelingkah) hendaklah kalian damaikan antara keduanya. (QS. Al-Hujurat: 9)
Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Janganlah kamu saling membenci, saling mendengki dan saling bermusuhan, tetapi jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal seorang Muslim mendiamkan (tidak menyapa) saudaranya lebih dari tiga hari.” (HR: Muslim)
Di dalam realiti masyarakat kita permusuhan boleh berlaku walaupun sesama ahli keluarga, jiran sebelah rumah, pemimpin sesama pemimpin malah rakyat sesama rakyat. Hanya kerana selisih faham, perbezaan fahaman politik, ikhtilaf mazhab, tidak terpilih menjadi pemimpin dan sebab-sebab yang lain.
"Dan kalaulah Tuhanmu menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya umat yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka tidak berselisihan) dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menciptakan manusia." (QS. Hud : 118-119)
Daripada ayat di atas dapat difahami bahawa Allah SWT berkuasa untuk menjadikan manusia semuanya bersepakat di atas satu agama, satu pendapat. Akan tetapi Allah sengaja tidak berbuat demikian, maka kerana itulah manusia sentiasa berbeza pendapat.
Perlu difahami, sekiranya ‘tidak berbeza pendapat’ sekalipun bukanlah bererti mereka semua bersepakat di atas satu pendapat, akan tetapi mereka telah berjaya untuk bersikap terbuka kepada perbezaan pendapat. Mereka telah ‘bersetuju’ untuk saling ‘tidak bersetuju’. Perbezaan tersebut dianggap satu rahmat.
Berdasarkan ayat di atas juga dapat ditegaskan bahawa usaha sebahagian orang yang cuba menyatukan umat Islam di atas satu pendapat adalah sia-sia dan kerana ia bertentangan dengan fitrah manusia dan kehendak Allah.
KESIMPULAN :
Marilah kita perbaiki hubungan kita sesama Muslim, buangkanlah sikap yang buruk dan mencari-cari keburukan sesama kita. Jangan lah kerana keegoan diri kita sanggup menggadaikan sebuah pakatan. Wallahu a’lam - Cairkan musuh bukan cari musuh ! Ukay’s.
Marilah kita perbaiki hubungan kita sesama Muslim, buangkanlah sikap yang buruk dan mencari-cari keburukan sesama kita. Jangan lah kerana keegoan diri kita sanggup menggadaikan sebuah pakatan. Wallahu a’lam - Cairkan musuh bukan cari musuh ! Ukay’s.
ANDA TERTINGGAL SIRI-SIRI CCUK YANG LALU? JANGAN BIMBANG, ATAS PERMINTAAN RAMAI DAPATKAN HIMPUNAN 100 HARI CCUK EDISI BUKU TERBITAN KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF DI KEDAI-KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA DI SELURUH NEGARA ‘TIDAK LAMA LAGI’, LEBIH CATCHY & LEBIH SEGAR… NANTIKAN KEMUNCULANNYA !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan