السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (Ahad,14 Syawal 1435H)
BANGSA BANGSA MELAYU…
BANGSA BANGSA MELAYU…
Bangsa Melayu itu lain…bangsa-bangsa melayu pula bermaksud Bangsa Melayu bangsa yang melayu. Jangan marah dulu ! lihat dimana kedudukan bangsa kita setakat hari ini. Dalam bidang pendidikan caca-marba, dalam bidang perusahaan kecil-kecilan sahaja, dalam bidang profesional asalkan ada dan dalam bidang politik? Sendiri jawablah…
PENCERAHAN :
Orang berpolitik kita pun hendak berpolitik juga… Tetapi cara orang berpolitik bangsanya semakin maju, orang berpolitik nasib bangsanya terus terbela, orang berpolitik bangsanya hebat melonjak kehadapan. Dapat bangunan sekolah jenis kebangsaan baharu, dapat dewan baharu, dapat kemudahan dan prasarana serba baharu.
Orang berpolitik kita pun hendak berpolitik juga… Tetapi cara orang berpolitik bangsanya semakin maju, orang berpolitik nasib bangsanya terus terbela, orang berpolitik bangsanya hebat melonjak kehadapan. Dapat bangunan sekolah jenis kebangsaan baharu, dapat dewan baharu, dapat kemudahan dan prasarana serba baharu.
Cara orang kita berpolitik? Sekat-menyekat, hasad-menghasad, dendam-mendendam, balas-membalas, fitnah-menfitnah, domba-mendomba, korek-mengorek, aib-mengaib, rahsia-merahsia, simpan-menyimpan, dedah-mendedah, jatuh-menjatuh dan pecat-memecat…
Melayunya Bangsa Melayu… Ketuanan Melayu… Takkan Melayu hilang di dunia… Semua ni ungkapan yang biasa kita dengar bila kita cerita tentang perihal ‘Melayu’. Apa tu ‘Melayu’? Dalam perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai;
1. Seorang yang beragama Islam.
2. Bertutur dalam bahasa Melayu.
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu.
1. Seorang yang beragama Islam.
2. Bertutur dalam bahasa Melayu.
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu.
Maksudnya siapa-siapa pun (walaupun bangsa asalnya cina, india atau lain-lain) yang beragama Islam, bertutur Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu adalah seorang Melayu. Sebab itu mamak (India Muslim) pun ada yang mengaku Melayu… Malah kononnya menjadi pejuang tulen Umat Melayu. Ada Orang Cina Muslim pun mengaku Melayu… malah ada yang rasa lebih Melayu dari orang Melayu !
Dulu nenek-moyang kita memang hebat… Tetapi.. apa yang ada pada Melayu masa kini?
Rogol, rempit, ragut, rompak, sumbang mahram, buang anak, penagih dadah dan penagih dedah… bangsa apa yang paling ramai?? MELAYU… Jadi, apa yang ada pada Melayu?
Rogol, rempit, ragut, rompak, sumbang mahram, buang anak, penagih dadah dan penagih dedah… bangsa apa yang paling ramai?? MELAYU… Jadi, apa yang ada pada Melayu?
Percayalah.. Tiada satu bangsa pun di dunia ini yang lebih mulia dari bangsa lain kerana bangsanya bangsa tersebut. Apa yang membuat sesuatu bangsa itu mulia hanyalah kerana Islam. Orang melayu patut bersyukur sebab bangsa kita ini sangat sinonim dengan Agama Islam… Celik mata terus diazankan di telinga kanan dan diiqamahkan di telinga kiri…
Daftar Surat Beranak dan MyKad tulis dalam ruang agama : Islam… Ditahniq dan diaqiqahkan dengan cara Islam. Diberi nama, dengan nama-nama sebagai Abdul pada nama-nama Allah dalam Asmaul Husna, nama-nama malaikat, nama-nama Rasul, nama-nama Nabi, nama-nama para sahabat, nama-nama pejuang dan pahlawan Islam, nama-nama ulama’-ulama’ yang masyhur dan tersohor. Tapi cukup Islam kah kita sekadar menjadi orang Melayu?
Jangan anggap bangsa ini lebih mulia dari bangsa lain, kenapa? Sebabnya ramai orang Melayu yang kononnya Islam tetapi mereka sendiri yang menjatuhkan maruah agama. Tidak kira lah dari peringkat rakyat bawahan sampailah ke peringkat VVVIP (Very Very Very Innocent Person?) adalah dari bangsa Melayu yang sebahagiannya gagal untuk menjadi ‘Muslim’ yang baik.
"Seorang lelaki bertanya; "Wahai Rasulullah, adakah dianggap asabiyah orang yang sayang kepada kaum bangsanya?" Jawab baginda SAW : "Tidak, tetapi asabiyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman". (HR : Abu Daud dan Ibn Majah)
KESIMPULAN :
Hari ini dalam sejarah, malam baru sempat pos CCUK sebab siang tadi Ust Kay buat open house. Wallahu a’lam - Maaf ya sebab Ust Kay pun bangsa Melayu yang raya sebulan ! Ukay’s
Hari ini dalam sejarah, malam baru sempat pos CCUK sebab siang tadi Ust Kay buat open house. Wallahu a’lam - Maaf ya sebab Ust Kay pun bangsa Melayu yang raya sebulan ! Ukay’s
Tiada ulasan:
Catat Ulasan