السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (Edisi Khas Tazkirah Ramadhan) Ahad, 29 Ramadhan 1435H : RAMADHAN KINI DI PENGHUJUNGNYA - Pentazkirah pun dah balik kampung !
Perjalanan Ramadhan pada tahun ini kini telah sampai ke penghujungnya di mana apabila matahari tenggelam pada petang ini, 29 Ramadhan, langit senja pun beransur-ansur menjadi gelap lalu takbir mulai menggema, tanda azan Maghrib telah berkumandang dan Syawal telah menjelang tiba.
PENCERAHAN :
Ramadhan, kemunculanmu baru sahaja dirasai. Solat Terawih hanya seperti baru sahaja dihadapi. Pejam celik, pejam celik, engkau sudah berada di penghujungnya. Begitu cepat masa berlalu. Rasanya, amalan tidak banyak yang dapat dilakukan. Kelebihan-kelebihan Ramadhan masih terlalu banyak yang ketinggalan.

Wahai sahabat, bagaimana puasa mu? Bagaimana terawih mu? Bagaimana sedekah mu di bulan ini? Bagaimana Qiamullail mu? Bagaiman Quran mu?
Kalau ada perubahan ke arah yang lebih baik, Alhamdulillah. Bererti Ramadhan yang dilalui tidak sia-sia. Tetapi kalau perubahannya sedikit, bermakna masih banyak yang perlu diselesaikan. Kalau langsung dirasai tidak ada perubahan, jawabnya ada masalah besar yang sedang melanda anda wahai sahabat. Carilah di mana silapnya. Silap makankah, silap minumkah, silap mulutkah, silap hatikah?
Kini masjid dan surau yang selama ini meriah akan mulai kembali sepi dan tiada lagi riuh lantunan Al-Qur’an dari para jamaah sehinggakan kita perlu menggantikannya dengan alunan pita rakaman. Teringat dengan doa yang dibaca oleh Imam al-Sudais, yang sewajarnya kita baca di senja Ramadhan ini:
اللهم اوصلنا الى رمضان كريم اعواما عديدة
"Ya Allah, sampaikanlah (usia kami) hingga ke Ramadan Karim tahun-tahun mendatang."
Belum ditinjau lagi aktiviti membeli-belah di waktu malam. Malam Syawal malam ini, malam terakhir di mana nabi memutuskan hubungan duniawi baginda semata-mata untuk fokus bersama Allah. Bagaimana pula dengan kita umat akhir zaman, mengapa tidak rasa terpanggil untuk melakukan aktiviti membeli-belah pada waktu yang lebih sesuai, supaya malam akhir Ramadhan adalah malam kita bersama Tuhan. Masuk masjid atau surau semula, kita disarankan memperbanyakkan takbir dan berdoa supaya dibuka pintu rahmat-Nya.
Ingat pesan Imam Syafie rahimullahu anhu, bahawa ada lima malam yang sangat mustajab untuk berdoa, iaitu;
1. Malam Jumaat
2. Malam 1 Rejab
3. Malam Nisfu Sya’ban
4. Malam I’dul Fitri
5. Malam ‘Idul Adha
1. Malam Jumaat
2. Malam 1 Rejab
3. Malam Nisfu Sya’ban
4. Malam I’dul Fitri
5. Malam ‘Idul Adha
Ramadhan akan pergi. Pergi bersama segala keutamaannya. Pergi bersama segala keistimewaannya. Pergi bersama segala keberkatannya. Kecintaan kita padanya akan terbukti saat kita menjadi lebih baik setelah kepergiannya.
Namun ujiannya memang cukup kuat. Moodnya bukan lagi mood Ramadhan, tetapi mood Hari Raya. Nasyidnya bukan lagi tentang Ramadhan tetapi lagu Hari Raya. Persiapannya bukan untuk Lailatul Qadar tetapi untuk satu Syawal. Namun, bagi seorang mukmin yang telah melalui proses pembersihan dan penyucian jiwa, ia tahu yang mana patut didahulukan. Ia insaf yang mana mesti dibesarkan.
KESIMPULANNYA :
Ramadhan, engkau sudah sampai ke penghujung. Namun amalanku masih banyak yang tergantung. Kalau tidak dengan Belas dan Rahmat-Mu. Tentu aku beramal dengan jemu. Mujurlah hati ini Engkau sayangi. Kau bersihkannya dari daki. Mujurlah lidah ini Kau basahi. Dengan Kalam-Mu Yang Maha Suci. Mujurlah Kau gerakkan anggota badan ini. Untuk rukuk, sujud dan meletakkan dahi. Menjadi hamba dan khalifah di bumi. Kembali kepada fitrah di ‘Idul Fitri. Selamat menyambut ‘Idul Fitri. Wallahu a’lam. Taqabbalallahu minna wa minkum. Ukay’s.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan