السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (Jumaat,19 Syawal 1435H) KEPEMIMPINAN PEMIMPIN YANG TERPIMPIN
“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan orang Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin (Sultan) dan tentera yang dipimpinnya adalah sebaik-baik tentera.” (H.R. Ahmad bin Hanbal)
Hadis tersebut berlaku setelah 800 tahun diucapkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Sultan Muhammad Al- Fateh, seorang pemimpin dan pemerintah yang adil dalam dunia Islam yang telah dipilih oleh Allah SWT untuk merealisasikannya.
PENCERAHAN :
Jika dahulu, para sahabat r.a sangat takut jika dipilih menjadi seorang pemimpin, tetapi sekarang, ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi pemimpin. Semua mengaku yang terbaik dan sanggup menjatuhkan lawannya dengan apa cara sekalipun!

Sabda Rasulullah SAW ketika baginda menyampaikan hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah: “Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan.” (HR. Al-Bukhari)
Memilih pemimpin bukanlah perkara remeh, nasib jutaan jiwa umat ditangannya. Suka tidak suka, calon yang terpilih itulah yang akan menulis dakwat sejarah di negeri ini. Namun apakah akan menjadi dakwat emas yang sentiasa diingati atau dakwat hitam yang sentiasa dikenang dengan kenangan hitam. Mampukah dia menjadi pemimpin sebenar atau menjadi pengkhianat amanat rakyat sebenar.
Menurut perspektif Islam ada dua peranan yang dimainkan oleh seorang pemimpin:
1. Pelayan (khadim)
Pemimpin adalah pelayan bagi rakyatnya.
2. Pemandu (muwajjih)
Pemimpin adalah pemandu yang memberikan arahan pada pengikutnya untuk menunjukkan jalan yang selamat dunia dan akhirat.

Di antara ciri-ciri pemimpin dalam Islam, iaitu:
1. Jujur. Seorang pemimpin yang jujur akan menjadi contoh terbaik. Pemimpin yang perkataan dengan perbuatannya sentiasa selari. Lidah dan badannya lurus…
2. Kompotensi. Orang akan mengikuti seseorang jika dia benar-benar meyakini bahawa orang yang diikutinya benar-benar tahu apa yang sedang diperbuatnya.
3. Inspirasi. Pengikut akan merasakan ‘selamat’ jika pemimpinnya membawanya pada rasa selesa dan menimbulkan rasa optimis apa pun situasi yang sedang dihadapi.
4. Sabar. Tidak bertindak tergesa-gesa dalam mengambil keputusan. Tunggu 17hb ini…
5. Rendah hati. Seorang pemimpin Islam hendaklah memiliki sikap rendah hati. Tidak suka menampakkan kelebihannya (riya’) serta tidak merendahkan orang lain.
6. Musyawarah. Dalam menghadapi setiap persoalan, seorang pemimpin Islam haruslah menempuh jalan musyawarah serta tidak menentukan keputusan sendiri. Asy-Syeikh Abdurrahman As-Sa’di, mengatakan,
“Jika Allah mengatakan kepada Rasul-Nya, padahal beliau adalah orang yang paling sempurna akalnya, paling banyak ilmunya dan paling banyak ideanya,” Maka bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. ” (QS. Ali Imran: 159).
7. Mampu berkomunikasi dengan rakyatnya. Kapasiti ilmiah serta rasa sensitiviti yang baik akan mereka yang dipimpinnya, pada akhirnya akan melahirkan seorang pemimpin yang mampu berkomunikasi dengan baik.

Ciri-ciri Yang Dipimpin Terbaik ;
1. Taat setia. Setelah dipilih melalui jalan musyawarah maka wajib bagi pengikutnya (yang menang dan yang kalah untuk taat kepadanya, kecuali pemimpin telah melanggar syariat Allah dan membuat kerosakan).
2. Dinamik dan kritis. Seorang pengikut harus dinamik dan kritis dalam mengikuti kepimpinan seseorang. Islam tidak mengajarkan suatu mengikut membuta-tuli atau sekadar ikut-ikutan.

KESIMPULAN :
Amanah yang pemimpin pikul bukanlah suatu kemegahan dan kebanggaan. Maka jadikanlah janji Allah memasukan pemimpin yang adil dalam Syurga-Nya sebagai sumber tenaga hidup kita semua. Setidaknya, kita telah berusaha melakukannya dan yang pasti, PEMIMPIN dan yang DIPIMPIN akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Wallahu a’lam - Popeye The Sailorman…’pin-pin’ ! Ukay’s.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan