Selasa, 7 Oktober 2014

ULAMA



We ❤️ الله مُحَمَّد
Ulama itu anugerah. Berkata Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid; “Kehadiran para ulama umpama hujan yg menghidupkan hati yg keras yg perlu disirami dgn siraman kerohanian.” . .
Melihat wajah wajah orang sholeh pun dikurniakan pelbagai ganjaran, apatah lagi dgn mencintai mereka, duduk bersama mereka, berlaku baik dgn mereka. Sungguh ianya bukan satu perkara yg sia sia…
Berkata guru Mulia ad-Daieilallah Sayyidil Habib Umar bin Muhammad bin Salim Hafidz; “Mereka yg tidak mencintai orang sholeh, bagaimana mahu putik cinta kpd Rasulullah? Mereka yg tidak melihat wajah orang sholeh ketika hidup di dunia, bagaimana mahu melihat wajahnya Rasulullah? Kerana wajahnya org sholeh, wajah ulama adalah cahaya dr salah satu cahayanya Rasulullah.” . .
Diakhirat kelak, kamu akan dibangkitkan dgn siapa yg kamu cintai ketika kamu hidup di dunia. Jika kamu mencintai para ahli sholeh yg membawa kamu kpd jalannya Allah, maka kamu beruntung. Jika sebaliknya, maka sebaliknya juga akan kamu dibangkit. Moga dijauhkan dr dibangkitkan dgn golongan yg bukan dr golongannya para sholeh…
Moga dikurniakan kpd kita semua manfaat atas ilmu para para sholeh, moga moga dimanfaatkan oleh kita segala ilmu yg sudah diajarkan oleh kita.
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Tiada ulasan: