السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Rabu, 27 Zulhijjah 1435H. HAPPY DI BALI !
Ucapan ‘Happy Deepavali’, Happy bermaksud gembira bukan selamat, rasanya lebih menyelamatkan. Kita bukan berniat untuk meraikan perayaan mereka, cuma sekadar rasa gembira di atas hari gembira mereka. Namun perkara ini tetap ada khilafnya.
PENCERAHAN :
1) Pendapat yang mengharamkan :
Antaranya ialah Sheikh Muhammad Saleh al-Munajjid, salah seorang ahli majlis fatwa kerajaan Arab Saudi. Beliau berpendapat perbuatan mengucapkan selamat pada hari-hari kebesaran orang bukan Islam adalah bertentangan dengan asas-asas akidah Islam. Beliau berhujah, hari perayaan agama kaum lain pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam disuruh tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia termasuk dalam golongan mereka ” (HR : Abu Daud).

2) Pendapat yang mengharuskan :
Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi berpendapat hukum mengucapkan selamat Hari Raya kepada orang bukan Islam seperti Hari Krismas adalah harus, jika mereka memulakan ucapan selamat Hari Raya kepada kita. Islam tidak melarang kita berbuat baik terhadap ahli kitab yang tidak bermusuh dengan kita. Kita harus berbuat baik kepada mereka sebagaimana mereka berbuat baik kepada kita. Sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Mumthanah ayat 8,

"Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampong halaman kamu ; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil".
Kita tidak diharuskan bersama-sama mereka menyambut perayaan mereka sebagaimana kita menyambut hari raya kita. Adapun sekadar memberi ucapan selamat atau menziarahi mereka di rumah bukan di kuil atau dalam majlis khusus yang diadakan sempena perayaan mereka insya Allah… harus !
Memberi ucapan selamat tidak semestinya kita mendoakan selamat untuk agama mereka atau untuk kekufuran mereka. Kita boleh niatkan doa untuk mereka “Agar mereka diselamatkan Allah dari kesesatan mereka dan masuk Islam”. Sebab itu bila kita merujuk golongan ini daam ucapan kita paling baik ialah ; “Kepada mereka yang BELUM ISLAM.” (jangan BUKAN ISLAM). Biar mereka berfikir kenapa mereka disebut belum Islam? Mestikah masuk Islam?
Di dalam al-Quran, Allah hanya melarang kita untuk berbaik-baik dengan orang kafir yang memusuhi Islam dan umat Islam. Adapun orang kafir yang menghormati Islam dan umat Islam, Allah tidak menegah kita untuk berbaik-baik dengan mereka. Dari kebaikan kita itulah akan menjadi contoh kepada mereka dan menjadi pendorong kepada mereka untuk menerima Islam, mudah-mudahan !
Prof Dr Abd al-Sattar Fathullah Said, seorang pensyarah Tafsir dan ‘Ulum Quran di Universiti Azhar pula berpendapat bahawa mengucapkan tahniah dan selamat hari raya pada perayaan bukan Islam adalah harus selagi tidak bercanggah dengan hukum syara’. Akan tetapi sekiranya ucapan tahniah dan selamat hari raya itu diungkapkan dalam bentuk doa seperti “Moga Tuhan berkati pada keluarga dan hartamu”, ianya adalah haram dan dilarang.
Syeikh Dr. Mustafa Zarqa pula ketika membincangkan persoalan ini telah menyatakan bahawa mengucapkan tahniah atau ucapan selamat hari raya kepada kenalan bukan Islam adalah termasuk dalam bab kesopanan (mujamalah) dan keelokan dalam pergaulan.
Lagipun, Ini tidaklah bermakna kita menyambut perayaan mereka. Sebaliknya kita hanya mengucapkan TAHNIAH sahaja. Inilah daripada kebaikan dan keadilan yang datang bersama agama ini (Islam). Bagi hadiah pun boleh…!
KESIMPULAN :
Jelas, bahawa mengucapkan ‘Happy Deepavali’ kepada kenalan dan kawan-kawan kita yang beragama hindu tidak dihalang di dalam Islam. Apa yang penting ini, HANYA UCAPAN BUKAN MERAIKAN seperti Kongsi Raya dan seumpamanya. Wallahu a’lam - Niatkan dalam hati sekadar ‘Happy’ bukan ‘Merai’ ! Ukay’s (Ust. Hj. Kamil Sidek)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan