السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Isnin, 18 Zulhijjah 1435H. OPTIMUS PRIME TIME !
Ketika kuliyyah Fiqh As-Sirah, Dr. Said Ramadhan Al-Buti malam tadi di Masjid Sirajuddin Al-Anwar, Batu Belah Klang, Ust. Kay menyatakan rasa cepatnya masa berlalu. Rasanya baru sahaja berceramah sambutan Maal Hijrah 1435 Hijrah kini akan menyambut Maal Hijrah 1436 Hijrah pula…
Antara tanda-tanda kiamat ialah apabila masa setahun dirasakan sebulan, sebulan dirasakan seminggu, seminggu dirasakan sehari, sehari dirasakan sejam dan sejam dirasakan sepantas kilat.
PENCERAHAN :
Oleh kerana itulah kita seharusnya memanfaatkan penggunaan masa ini se optimum mungkin. Jika tidak, pasti akan rugi;
1) Rugi di dunia kerana masa tetap berlalu dan tidak dapat diputarkan kembali…
2) Rugi di saat sakaratul maut bila nyawa sudah di kerongkong kerana pintu taubat sudah tertutup untuk selama-lamanya…
3) Rugi di akhirat kerana hari perhitungan tetap akan ditempuh jika tidak membawa bekalan amalan secukupnya

Rasulullah SAW bersabda; “Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia mempersia-siakannya iaitu nikmat kesihatan dan kelapangan waktu.” (HR: al-Bukhari)
Umat Islam diingatkan agar tidak mengamalkan budaya suka menangguh terutama dalam perkara-perkara yang bermanfaat seperti berikut;
1. Jangan bertangguh dalam melaksanakan hak, amanah dan tanggungjawab.
2. Jangan bertangguh dalam melaksanakan amal ibadat.
3. Jangan bertangguh dalam menyebarkan syiar Islam.
4. Jangan bertangguh dalam soal memperjuangkan dan mempertahankan kedaulatan Islam.
5. Jangan bertangguh dalam menegakkan hukum syarak.

“Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.”
Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi menghuraikan’ konsep pengurusan masa mengikut Fiqh Awlawiyyat’ sebagai ; “Menetapkan sesuatu pada martabatnya, tidak mengkemudian apa yang perlu didahulukan atau mendahulukan apa yang dikemudiankan, tidak mengecilkan perkara yang besar dan membesarkan perkara yang kecil.”
Fiqh Awlawiyyat menekankan konsep menetapkan keutamaan (prioritize) dalam membuat perancangan kerja. Setiap tugas boleh diukur keutamaannya berdasarkan tiga perkara berikut:-
1) Ad-Dharuriyyat – Perkara-perkara asas yang mutlak dan penting (makanan, pakaian, tempat tinggal) Ia adalah genting dan penting (crucial & urgent) serta perlu dilaksanakan dengan segera. Contoh, bila masuk waktu solat sahaja, hentikanlah serta-merta segala penggunaan PHONE !
2) Al-Hajjiyyat – Perkara-perkara yang penting dan tanpanya ia menimbulkan kesukaran dan menyukarkan sesuatu urusan. (important & need attention). Contoh, HANDPHONE !
3) At-Tahsiniyyat – Perkara-perkara yang dianggap perkara yang mencantikkan (luxury) dan beri nilai tambah yang menyumbang kepada kepuasan. (less important & less urgent) Contoh, SMARTPHONE !

Hampir sama dengan pengurusan masa mengikut konsep ‘Tingkap Jauhari’ yang pernah Ust. Kay sentuh dalam CCUK yang lalu.
KESIMPULAN :
Pepatah Arab tentang masa, antaranya;
Pepatah Arab tentang masa, antaranya;
الوقت كا لسيف ان لم تقطعه قطعك
من كا ن يومه كأمسه فهو مغدون
ومن كا ن يومه شرا من أمسه فهو ملعون
من كا ن يومه كأمسه فهو مغدون
ومن كا ن يومه شرا من أمسه فهو ملعون
As-Syahid Hassan Al-Banna pula jelas mengaitkan masa dengan kehidupan, “Masa adalah sebuah kehidupan. Dan kehidupan itu adalah masa yang dia habiskan bermula pada saat kelahiran sehingga ke saat kematiannya”. Wallahu a’lam - Kita boleh beli jam, tapi kita tak boleh beli masa. Kita boleh ganti jam yang hilang, tapi kita tak boleh dapatkan semula masa yang berlalu… Ukay’s (Ust. Hj. Kamil)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan