Jumaat, 3 Oktober 2014

6 KEISTIMEWAAN HARI ARAFAH.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(September 2014).
6 KEISTIMEWAAN HARI ARAFAH.
Arafah maknanya pertemuan atau perjumpaan. Kerana pada hari itu Allah telah mempertemukan kembali Adam dan Hawa, setelah diturunkan Allah dari syurga ke atas dunia. Sempena pertemuan kembali Adam dan Hawa, maka hari ini di namakan dengan Arafah.
Umat islam di seluruh dunia yang tengah melaksakan ibadah haji pada hari ini, 9 dzulhijjah, tengah berkumpul di padang Arafah untuk melaksanakan ibadah wukuf yang merupakan inti dan rukun yang utama dari pelaksanaan ibadah haji. Hari Arafah dalam islam banyak mempunyai keistimewaan tersendiri. Diantara kelebihan Hari Arafah adalah:
1. Hari Disempurnakan Agama Islam.
Hari arafah merupakan hari kesempurnaan agama Islam kerena peda ketika nabi tengah berwukuf di Arafah turunnya Surah Al-Maidah, ayat 3:
ِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًاٌ
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.
2. Hari Kemuliaan.
Di antara hari yang di muliakan Allah yang disebutkan dalam al Quran adalah hari Arafah. Surah al-Buruuj ayat 3:
وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ
Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan;
3. Hari Arafah Adalah Hari Di Antara Bulan Yang Di muliakan Oleh Allah.
Hari Arafah berada dalam bulan dzulhijjah, bulan yang dimuliakan oleh Allah. Sebagai mana firman Allah dalam Surah At-Taubah, ayat 36:
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً وَ
اعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
4. Hari Untuk Memperbanyakkan Amalan Sholeh.
Hari Arafah adalah hari dari sepuluh hari yang paling di cintai Allah. Sabagai mana sabda Rasulullah SAW:
“Tiada hari untuk beramal Sholeh yanv paling di cintai Allah dari hari-hari ini (10 hari pertama bulan dzulhijjah)”.
(HR. Bukhari, Ahmad, Abu Daud, Ibju Majah).
5. Hari Pembebasan.
Hari Arafah adalah hari dimana Allah membebaskan hambanya dari azab api neraka. Sabda Rasulullah SAW:
“Tidak ada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hamba-Nya dari azab api neraka dari pada hari Arafah”.
(HR Muslim).
6. Hari Diperkenankan Doa.
Hari Arafah adalah hari berdoa dan hari perjumpaan antara hambanya dengan Allah. Oleh kerana itu Rasulullah SAW menyuruh umat Islam agar memperbanyakkan berdoa pada hari tersebut. Sebagai mana sabdanya:
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah” (HR at-Tarmidzi).
Oleh kerana itu wahai saudara sekalian. Pada hari yang
mulia ini jangan kita sia-siakan untuk melakukan amalan kebaikan. Kerana ia hanya datang 1 hari dalam setahun. Alangkah ruginya kita, jika mensia-siakan hari ini dengan amalan yang buruk.
Ya Allah muliakanlah kami pada hari yang mulia ini sebagai mana Engkau telah muliakan hamba-hamba-Mu yang beriman dan beramal Sholeh kepada-Mu. Mudah-mudahan kami menjadi hamba-Mu yang terbaik dalam hidup kami. Aamiinn Ya Rabbal ‘Aalamiin !!!!
Wallahu A’lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin)
Catatan:
Sila kongsikan ILMU dengan SA
UDARA KITA.
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UTK DISEBARKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.
Dunia Akhirat. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!
Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau WWW.FaceBook: Sihabuddin Muhaemin.
Terima kasih.

Tiada ulasan: