السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Rabu, 6 Zulhijjah 1435H. KULIT BIAWAK KENA SERTU KE SAMAK?
"Alamak ai…den topogang anjing tadi, konolah den samak tangan den ni hah !"
Jangan salah faham ya…kepada mereka yang mengatakan samak kepada anjing dan babi apabila terkena najis tersebut. Orang Melayu memang menggunakan perkataan samak terhadap najis tersebut. Samak sebenarnya digunakan khas untuk menyucikan kulit binatang. Perkataan yang sepatutnya digunakan adalah sertu untuk menyucikan anggota yang terkena Najis Mughallazah.
PENCERAHAN :
Mengikut pendapat Mazhab Syafie wajib dibasuh tempat yang terkena najis Muqallazah sebanyak tujuh kali iaitu satu kali dengan menggunakan tanah (air tanah) dan 6 kali lagi dengan air mutlak (air yang suci lagi menyucikan). Jika di dapati najis itu tetap ada ‘ain (nampak), warna, bau dan rasanya maka ia perlu dibasuh lagi dengan air mutlak sehingga hilang najis tersebut.

Sertu menggunakan sabun Taharah, Mufti Wilayah Persekutuan berpendapat bahawa tidak sah menggunakan untuk membersihkan najis anjing dan babi kerana kandungan tanah di dalamnya sedikit hanya 5% sahaja. Mufti Negeri Selangor turut berpendapat mestilah menggunakan tanah yang asli.
Ada pendapat yang mengatakan kalau kering kedua-duanya tidak perlu disucikan. Sebenarnya pendapat ini adalah salah. Ulama’ berpendapat bahawa sentuh badan anjing yang kering sahaja tidak perlu dibersihkan, kerana najis anjing itu tidak seberat najis babi. Sentuh badan babi atau barang yang diperbuat dari kulit babi, walaupun dalam keadaan sama-sama kering tetap wajib disertu dan lupuskan barang tersebut.
CARA SERTU :
1. Najis Mughalazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan air mutlak sebanyak 6 kali dan 1 kali dengan air tanah.
2. Menyucikan najis mughalazah dengan menggunakan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat padanya. Kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan tanah jua.
SAMAK :
Kesemua anggota binatang yang tidak halal dimakan seperti buaya, singa, kucing, biawak dan sebagainya, jika terpisah anggota binatang tersebut daripada badannya sama ada ketika binatang itu masih hidup ataupun sudah mati adalah bangkai. Ini termasuk juga kulit binatang tersebut. Walaubagaimanapun menurut hukum syarak kulit-kulit seperti ini akan menjadi suci jika ia disamak dan boleh dimanfaatkan melainkan kulit anjing dan babi.

Kesemua anggota binatang yang halal dimakan seperti unta, lembu, ayam dan sebagainya, jika terpisah anggota tersebut daripada badannya sama ada ketika binatang itu masih hidup atau mati bukan kerana disembelih, adalah bangkai melainkan bulu binatang itu. Maka kulit binatang tersebut juga adalah najis. Namun jika ia disamak, kulit itu menjadi suci dan boleh dimanfaatkan.
Sementara kulit binatang yang halal dimakan jika terpisah daripada badan binatang itu setelah disembelih adalah suci dan boleh dimanfaatkan tanpa perlu menyamaknya lagi. Ini kerana ia suci selepas matinya disebabkan sembelihan (Fath al-‘Allam) Kitab At-Thaharah, Tathhir al-Julud Bi ad-Dabigh)
CARA SAMAK :
1. Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.
2. Bahan yang digunakan ialah sesuatu yang kesat/kasar di lidah jika terkena lidah seperti daun Akasia (Qarazh), Manjakani (Afsh), kulit Delima (Qusyur Ar-Rumman), Tawas (Asy-Syabb) dan tahi burung Merpati pun boleh…

KESIMPULAN :
Islam adalah agama yang memberikan keselamatan kepada umatnya dalam semua amalan ibadah. Setiap perkara yang diwajibkan atau diperintahkan Allah ada tujuan dan maslahahnya. Wallahu a’lam - Jangan pula keliru antara sertu dengan restu ! Ukay’s

"Alamak ai…den topogang anjing tadi, konolah den SERTU tangan den ni hah !" Baru betul !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan