ه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Sabtu, 9 Zulhijjah 1435H. DIMANA CINTA BERSATU KEMBALI…
Jabal Rahmah (Bukit Kasih Sayang) merupakan jabal atau bukit yang mempunyai nilai sejarah cinta dua insan tersendiri. Walaupun Rasulullah SAW sendiri tidak naik ke atas puncak bukit itu, tapi bagi jamaah haji merupakan suatu kehormatan jika dapat naik sampai ke atas Jabal Rahmah. Di Atas bukit terdapat tugu besar berwarna putih, dan tugu ini merupakan lambang atau ciri khas bagi Jabal Arafah.
PENCERAHAN :
Jabal Rahmah berlokasi di pusat Arafah. Dinamakan Arafah karena di tempat itu manusia saling mengenal satu sama lain. Ada juga yang meriwayatkan bahawa Jibril as datang kepada nabi Ibrahim as mengenalkan kepadanya tempat-tempat ibadah. lalu Jibril bekata kepadanya, “Apakah kamu telah mengenalnya? (هل عرفت ؟ )”. Ibrahim as menjawab, “Ya aku telah mengenalnya”.

Ada lagi riwayat yang mengatakan bahawa Nabi Adam as dan Siti Hawa dikenalkan atau dipertemukan kembali di Arafah di Jabal Rahmah setelah penurunan mereka dari syurga dan berpisah selama 200 - 300 tahun. peristiwa yang mengharukan berupa pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa di Arafah ini dijadikan tempat pertemuan umat manusia setiap tahun.
Di saat Rasulallah SAW berwukuf di Arafah beliau berdiam di bawah kaki Jabal Rahmah, beliau bersabda “Aku berwukuf di sini, dan Arafah seluruhnya tempat berwukuf kecuali wadi ‘Uranah”. Di bawah kaki bukit ini terdapat bekas peninggalan mata air Zubaidah yang dulu digunakan untuk memberi minum jamaah haji dan sebuah Masjid As-Shakhrat. Diriwayatkan bahawa di situlah Rasulullah SAW pernah berhenti wukuf pada saat haji Wada’ dan di situ telah turun ayat Al-Quran Surat Al Maidah Ayat 3,
الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُمْ فَلاَ تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الأِسْلاَمَ دِيناً yang
“Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu”
Pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa di Padang Arafah ini dapat disebut sebuah kisah cinta abadi, kisah pencarian kasih sayang yang berakhir dengan kebahagiaan. Ketika Nabi Adam diusir dari Syurga ditempatkan di daerah yang sekarang disebut India sedangkan Siti Hawa di daerah Irak sekarang. Ini pendapat jumhur ulama’ walaupun ada pendapat tempoh perpisahan dan tempat dipisahkan mereka berdua di tempat lain.
Jabal Rahmah atau bukit Kasih Sayang juga tempat berziarah untuk merenungkan betapa kasih sayang Allah kepada kita semua sangat luar biasa, tidak dapat dihitung. Jabal Rahmah adalah lambang betapa Kasih Sayang Allah tak terhitung bahkan ketika Nabi Adam melanggar larangan-Nya taubatnya diterima Allah. Doa Nabi Adam ada diabadikan dalam Al Quran;
قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِين
“Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi”. (QS Al-Araf: 23)
Di Padang Arafah inilah pada waktu wukuf (waktu Makkah) 2 sampai 3 juta lebih calon haji mengukuhkan dirinya dalam doa sejak siang hari sampai menjelang maghrib. Mereka beristighfar, bertasbih, bertakbir dan bertahmid mengagungkan Asma Allah.
KESIMPULAN :
Yang peliknya nak menentukan waktu wukuf di negara kita kecoh satu Malaya; “Kena ikut waktu Saudi lah… tak ikut pemerintah. Kalau waktu solat, nak pulak kita ikut Malaysia, kenapa waktu solat pun tak ikut Saudi?” UMRAY. Begitu juga tak perlulah bersusah payah untuk mendaki Jabal Rahmah sampai semput-semput hanya sekadar untuk wukuf. Kerana Arafah semuanya tempat wukuf dan Rasulullah SAW sendiri tidak berwukuf di atas puncak Jabal Rahmah. Wallahu a’lam - Ada anak bernama Siti Rahmah. Ukay’s

Tiada ulasan:
Catat Ulasan