السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Ahad, 17 Zulhijjah 1435H. I LOVE YOU…
Ya Allah, kurniakanlah,
Ketenangan, dunia akhirat…
Hindarkan kami, api neraka,
Limpahkan kami, Nur Hidayah Mu,
Cintakan bunga, akan layu,
Cintakan manusia, akan mati,
Cintakan Allah, kekal selamanya,
Itulah cinta, cinta yang hakiki…
Liri lagu ini mengingatkan Ust. Kay kepada anak perempuan Ust. Kay yang sangat kami sayangi meninggal dunia ketika berusia baru 3 tahun, asbab terhempap televisyen yang jatuh menimpanya pada tahun 2009. Allah lebih mencintainya. “Balqis, tunggu kami di sana ya!”
PENCERAHAN :
Allah SWT telah berfirman, yang maksudnya;
Katakanlah, “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” (QS At Taubah: 24)

Cinta kepada Allah adalah sumber segala kekuatan, kekayaan, ketenangan dan kejayaan. Manusia yang mencintai Allah Yang Maha Kaya (al-Ghaniy), akan mendapat kekayaan jiwa yang tiada tandingan. Manusia yang paling kuat ialah manusia yang mencintai Allah Yang Maha Perkasa (al-Qawiy). Manusia yang jahil dan serba tidak tahu akan menjadi insan yang bijaksana apabila mencintai Allah Yang Maha Mengetahui (al-‘Alim)
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang mempunyai tiga perkara padanya, dia telah mendapatkan kemanisan iman, iaitu; Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada selain kedua-duanya, serta mencintai dan membenci seseorang semata-mata kerana Allah. Dia hendaklah benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana dia membenci jika dicampakkan ke dalam neraka.” (HR : Bukhari dan Muslim)
Kerana cinta kepada-Nya;
1. Abu Bakar r.a. sanggup mengorbankan seluruh hartanya untuk Islam.
2. Umar al-Khattab r.a. kurang tidur pada waktu malam hari kerana bimbang urusannya dengan Allah tidak selesai dan kurang tidur pada waktu siang kerana bimbang urusannya dengan manusia tidak selesai.
3. Umar bin Abdul Aziz sangat amanah sehingga tidak sanggup mengambil sedikit pun harta negara untuk maslahat dirinya.
4. Khalid al-Walid tidak terikat dengan jawatan apabila berkata: “Aku berjuang bukan kerana Umar (bahkan kerana Allah).”
5. Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata. Munajatnya kepada Allah;

“Ya Allah, jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”
Salah satu diantara fitrah manusia adalah ingin dicintai dan mencintai. Cinta adalah keperluan setiap insan. Cinta yang paling agong adalah cinta hamba kepada Tuhan-nya. Cinta yang agong ini bukanlah boleh lahir begitu saja tanpa ada pengorbanan dan tindakan yang untuk melahirkan cinta tersebut. Apabila hidup manusia sentiasa di kuasai cinta agong ini maka manusia akan hidup bahagia dan merasai keseronokan tidak ada tandingannya.
Ada beberapa syarat sebagai bukti cinta kita kepada Allah SWT:
1) Melaksanakan apa yang diwajibkan Allah. Melaksanakan berbagai kewajiban merupakan pintu kecintaan kepada Allah SWT yang paling besar. Jangan hanya di bibir sahaja…
2) Memperbanyak amalan-amalan sunat dan mengamalkan sunnah Nabi SAW. Orang yang hanya melaksanakan yang wajib tidak di katagorikan sebagai cinta Allah yang sebenar. Kerana hanya dapat modal untuk melepaskan diri dari api neraka sahaja.
3) Memperbanyak zikir kepada Allah SWT. Lidahnya sentiasa basah menyebut nama Allah dan memuji kebesaran Allah. Lihatlah bagaimana orang yang sedang mabuk cinta, tidak pernah jemu menyebut-nyebut nama kekasihnya. “Oh Zaridah… kekasih ku !”
4) Banyak membaca al-Qur’an. Khabab bin al-Art berkata, “Dekatlah dirimu kepada Allah sesuai dengan kemampuanmu. Ketahuilah bahawa kamu tidak mendekatkan diri kepada-Nya dengan sesuatu yang paling Dia senangi selain dengan firman-Nya.”
5) Seorang mencintai Allah maka ia akan mencintai apa-apa yang di cintai oleh Allah SWT. Di dalam al-Qur’an banyak sekali Allah mengungkapkan kecintaannya kepada orang-orang yang berbuat baik, orang- orang yang bertaubat, orang- orang yang bertakwa, orang- orang yang sabar, orang- orang yang bertawakal dan sebagainya. Oleh itu bila seorang hamba benar-benar cinta kepada Allah, maka hendaklah ia berusaha untuk mempunyai keperibadian seumpama itu.

KESIMPULAN :
Cinta Allah bukan sahaja ungkapan di mulut tetapi kita haruslah menunjukkan melalui amalan dan kehidupan seharian kita. Apa manisnya iman yang kita miliki jikalau manisnya tidak kita sebar dan kongsikan. Wallahu a’lam - Daripada pakai t-shirt bertulis, I Love Pangkor, I Love Krabi dan sebagainya lebih baik pakai yang bertulis I Love You Allah ! Ukay (Ust. Hj. Kamil)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan