السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Khamis, 7 Zulhijjah 1435H. KASIHANILAH KAMI…
"Kenaikan ini dijamin tidak akan membebankan rakyat. Kerajaan akan pastikan tiada kenaikan pada harga barang. Kenaikan ini masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Jika tidak suka dengan kenaikan harga minyak di negara ini sila pindah ke negara lain. (@pindah planet lain @pindah alam lain)" Ayat skema pemimpin di sebuah negara pengeluar minyak dan mempunyai hasil bumi yang banyak tanda ‘belas kasihan’ kerajaan tersebut pada rakyatnya… Alhamdulillah !
PENCERAHAN :
Belas kasihan atau kepedulian adalah emosi manusia yang muncul akibat penderitaan orang lain. Lebih kuat daripada simpati, lebih dalam dari empati. Perasaan ini biasanya memunculkan usaha untuk mengurangi penderitaan orang lain bukan menambah kesengsaraan mereka lagi.

"Orang yang bersifat kasihan, dikasihi oleh Yang Maha Mengasihani. Oleh itu, kasihanilah apa yang ada di bumi, nescaya yang ada di langit akan mengasihani kamu." (HR. Abu Dawud & Tirmidzi)
Nabi SAW bersabda; “Sesiapa tidak belas kasihan kepada manusia, maka Allah Ta‘ala tidak belas kasihan kepadanya”. (HR. Muslim)
Sabda Rasulullah SAW; Allah ada 100 perasaan belas kasihan. Dia menurunkan satu belas kasihan sahaja kepada jin, manusia, binatang, dan serangga. Dengan satu belas kasihan itu, mereka saling menyayangi dan saling mengasihani antara satu sama lain. Dengan satu belas kasihan itu jugalah binatang buas menyayangi anaknya. Allah menangguhkan 99 lagi perasaan belas kasihan bagi mengasihani hamba-hamba-Nya pada Hari Kiamat. (HR: Bukhari dan Muslim, daripada Kitab Riyadhus Solihin, Imam Nawawi rhm.)
Dalam hadis lain, daripada Ibnu Syihab, sesungguhnya Sa’id bin al-Musayyab menceritakan kepadanya, Abu Hurairah berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, Allah membuat kasih sayang sebanyak 100 bahagian, lalu Allah memegang 99 bahagian dan menurunkan satu bahagian kasih sayang ke dunia, sehingga semua makhluk saling mengasihi, termasuk seekor binatang mengangkat kakinya kerana khuatir anaknya akan terpijak.” (HR: Muslim)
Seperti ilmu pengetahuan dapat menyuburkan akal, begitu juga perasaan belas kasihan dapat disuburkan dengan pelbagai cara. Islam mengingatkan ada golongan manusia yang sepatutnya diberi perhatian dan belas kasihan berlipat ganda antaranya belas kepada kaum kerabat serta saudara mara. Apatah lagi fakir miskin yang hidup melarat dan anak yatim.
Mereka tidak akan mempedulikan keperitan hidup orang susah dan terlantar kerana kesenangan serta kemewahan membalut hati mereka dengan selaput yang menyebabkan mata hatinya tertutup untuk melihat penderitaan orang lain.
Bukti belas kasihan daripada seseorang pemimpin terpancar apabila dia memberi layanan yang baik kepada rakyat di bawahnya, sentiasa bertimbang rasa dengan kesengsaraan rakyatnya yang bukan ingin hidup bermewah tetapi hendak meneruskan kehidupanpun semakin sukar.
Jika perasaan seumpama itu tidak wujud dalam diri manusia, maka ia menurunkan taraf manusia lebih teruk daripada binatang, sedangkan binatangpun memiliki perasaan belas kasihan terhadap anaknya sendiri.

Islam dari awal lagi diutuskan untuk menghapuskan sebarang bentuk kezaliman dan penganiayaan kepada golongan bawahan apabila melarang keras kezaliman terhadap mereka. Sesiapa melakukan penderaan terhadap mereka, sesungguhnya dia telah melakukan amalan jahiliah yang terkutuk.
KESIMPULAN :
Demikianlah Islam sebagai agama bersifat rahmat kepada sekalian alam. Tunjukkanlah keindahan Islam ketika orang Islam masih lagi memerintah. Semua pihak perlu menghiaskan diri dengan sifat rahmat dan bertimbang rasa dalam mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, aman, maju dan berkebajikan. Wallahu a’lam - Minyak Naik vs Naik Minyak. Ukay’s

Tiada ulasan:
Catat Ulasan