السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ُِ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Ya Allah, ya Tuhan kami,
Di hari jumaat Saiyyidul Ayyam yang mulia ini dan bersempena hari Yaumul Arafah, kami dengan kerendahan hati bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.
يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ
Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, para pendidik dan murabbi yang telah membimbing kami ke jalan yang Kau redhai. Terimalah doa dan amal soleh kami. Terimalah pengakuan dosa serta taubat kami. Terimalah solat, puasa, zakat, Haji dan Umrah serta kesemua amal Soleh kami. Lindungi dan rahmatilah kami keseluruhannya dari siksa kubur dan jauhkanlah azab neraka mu Ya Allah sebagaimana Engkau jauhkan Timur dengan Barat dengan berkat Hari Arafah yang Kau banggakan ini serta keagungan Asma’ Al A’zam mu, Ya Dzuljalal li wal Ikram. perteguhkan iman kami ketika bersoal jawab dengan Munkar dan Nakir. Tetapkanlah kedua kaki kami diatas Titian Sirat agar kami yang lemah ini berpeluang memasuki dan pulang ke kampung asal kami, JannahMu dengan selamat sejahteranya bersama para Rasul, Anbia’, Syuhada serta Solihin serta diberi nikmat yang tiada taranya iaitu menatap Dzat mu Yang Maha Agung, Ya Rabbul Alamin.
{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ م
ِنَ الْخَاسِرِيْنَ}
ِنَ الْخَاسِرِيْنَ}
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan