السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Jumaat, 15 Zulhijjah 1435H. SEMBUNYI TIADA BUNYI…
Burung terbang sambil menyanyi,
Jatuh ke bawah sakit tenat,
Kebenaran Islam kita sembunyi,
Di sisi Allah kita dilaknat.
Firman Allah SWT;
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan), maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (QS Al-Baqarah : 159-160)

PENCERAHAN :
Contohnya, orang Yahudi dengan Tauratnya dan Nasrani dengan Injilnya, mereka ini memanglah bersikap tidak mahu menjelaskan isi sebenar kandungan kitab masing-masing. Terutamanya mengenai sifat-sifat dan identiti Nabi akhir zaman. Sedangkan mereka mendakwa beriman dengan kitab-kitab ini. Pelik sungguh mereka ini… Ini juga yang berlaku kepada orang Islam hari ini !

Tidak cukup dengan itu, mereka juga menyembunyikan beberapa syariat yang diturunkan kepada mereka. Bahkan sanggup mengubah perkataan-perkataan yang ada dalam kitab mereka serta menafsirkankannya sesuka hati.
Puncanya;
1. Kerana sifat jahat dan dengki yang membara di dada mereka.
2. Mereka merubahnya kerana mahu memenuhi selera dan nafsu.
3. Isi ajaran agama itu tidak menepati kehendak dan perubahan zaman seperti yang mereka kehendaki.
Beberapa sifat buruk bangsa Yahudi seperti yang disebut di dalam Al-Quran, antaranya;
1. Mengubah dan memutarbelitkan kebenaran
(Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imran:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)
2. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imran:71)
3. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,1 46; Al-Maidah:41)
4. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran Al-Quran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imran:70)
5. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)
6. Mencampur adukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)
Firman Allah SWT; (maksudnya)
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit”. (QS al-Baqarah: 174).

Lihat sahaja sejarah, Imam Ahmad bin Hanbal pernah diseksa kerana enggan mengakui bahawa al-Quran adalah makhluk. Imam Abu Hanifah dipenjarakan kerana menolak jawatan Kadi. Abad ini, bagaimana Syeikh Muhamad Abduh terpaksa dibuang negeri. Syeikh Abdullah Azam, Syeikh Ahmad Yasin yang telah dipenjarakan dan diseksa oleh rejim Yahudi laknatullah dan banyak lagi…
Tidak semua para ulama’ yang tahan dengan ujian kerana tidak mahu menyembunyikan syariat. Ada juga yang gagal menempuh ujian ini. Ramai yang tewas dengan ujian seksaan tetapi lagi ramai yang kecundang dengan ujian kebendaan dan kedudukan sahaja… Sesiapapun boleh goyang bila berhadapan dengan 3Ta… Takhta, Harta dan Wanita !
Seorang tabi’in yang terkenal dengan soleh dan warak Salamah bin Dinar pernah berkata di hadapan Khalifah Sulaiman bin ‘Abdul Malik:
“Telah berlaku di mana para umarak (pemerintah) mencari ulama’, lalu mengambil manfaat daripada mereka. Maka yang sedemikian kebaikan untuk kedua-dua pihak. Namun hari ini, ulama’ pula yang mencari umarak, lalu cenderung dan inginkan apa yang dimiliki oleh mereka. Lalu umara’ menganggap: tentu apa yang ulama’ cari yang ada di tangan kita ini lebih baik daripada apa yang ada di tangan mereka”. (Ibn, ‘Asakir, Tarikh Dimasyq, 22/29).

Demikianlah, kita dapati sesetengah golongan agamawan boleh dijadikan dagangan politik. Puncanya, kerana sanggup menghinakan diri di hadapan penguasa.
KESIMPULAN :
Justeru, hormatilah ulama’ yang berani menyatakan kebenaran. Kasihilah mereka. Di bahu mereka punya bebanan berat yang perlu dipikul untuk umat ini. Di dada mereka punya butiran permata berharga yang memerlukan pengorbanan untuk dibahagi-bahagikan kepada kita. Selayaknya kutukan dan laknat kepada mereka yang memusuhi ulama’. Wallahu a’lam - Dulu suka main sorok-sorok ! Ukay (UST HJ KAMIL)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan