السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Khamis, 28 Zulhijjah 1435H. KARPET TERBANG !
Yakinlah ! Semua ajaran-ajaran atau amalan dalam Islam mengandungi falsafah atau hikmah yang rasional (ma’qul al-ma’na atau ta’aqquli). Hanya sedikit sekali ajaran yang bersifat ghair ma’qul al-ma’na, iaitu sebagai penghambaan manusia kepada Allah sahaja (ta’abbud), iaitu ajaran yang merupakan ibadah mahdhah (murni).
PENCERAHAN :
Wakaf (endowment) sebenarnya hanya disyariatkan pada tahun ke-2 Hijrah. Para ulama’ berpendapat bahawa pelaksanaan wakaf pertama dilakukan oleh Umar Al-Khattab r.a terhadap tanahnya yang terletak di Khaibar (Tafsir Ibnu Katsir Juz I 381; Fiqh al-Sunnah, jilid III: 381; Subul al-salam: 87).

Pendapat lain mengatakan, wakaf pertama kali dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap tanahnya yang digunakan untuk masjid Quba di Madinah, sebagaimana riwayat yang disebutkan oleh Umar ibn Sya’bah dari Amr ibn Sa’ad ibn Muadz, berkata: “Kami bertanya tentang mula-mula wakaf dalam Islam, orang Muhajirin mengatakan adalah wakaf Umar, sedang orang Ansar mengatakan wakaf Rasulullah SAW .” (Asy-Syaukani 1374 H: 129)
Allah SWT berfirman dalam al-Quran;
لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ
"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebagian harta yang kamu cintai".(QS. Ali Imran: 92).
Pasti wakaf mempunyai hikmah dan manfaatnya antaranya ialah :
1) Harta benda yang diwakafkan dapat tetap terpelihara dan terjamin kelangsungannya. Tidak perlu khuatir barangnya hilang atau pindah tangan, kerana secara prinsip barang wakaf tidak boleh ditassarufkan sama ada dalam bentuk menjual, hibah atau diwariskan.

2) Pahala dan keuntungan bagi si wakif (pewakaf) akan tetap mengalir walaupun telah meninggal dunia, selagi wakaf itu masih ada dan dapat dimanfaatkan. Oleh sebab itulah diharuskan benda wakaf itu tahan lama. Seperti bahan-bahan untuk membina masjid, surau atau pondok pengajian. Rasulullah SAW pernah bersabda;
"Sesungguhnya sebagai amalan dan kebaikan orang yang beriman yang dapat mengikutinya sesudah ia meninggal ialah ilmu yang disebarluaskan, anak soleh yang ditinggalkan, al-Quran yang diwariskan, masjid yang didirikan, rumah yang dibangun untuk musafir, sungai yang dialirkan, atau sedekah yang ia dikeluarkan dari harta bendanya pada waktu ia masih sihat / hidup. Sedekah ini juga dapat menyusulnya sesudah orang tersebut meninggal dunia." (HR : Ibnu Majah)
3) Wakaf merupakan salah satu sumber dana yang sangat penting manfaatnya bagi kehidupan agama dan umat. Contoh, untuk pembinaan kerohanian dan pembangunan fizikal kemudahan umat Islam. Rasulullah SAW bersabda dalam salah satu hadisnya: “…Barangsiapa yang peduli terhadap keperluan saudaranya, maka Allah selalu peduli terhadap keperluannya juga…” (HR : Bukhari dan Muslim)
4) Melalui ibadah wakaf dua belah pihak sama-sama memperoleh manfaatnya, baik bagi si wakif (orang yang berwakaf) mahupun bagi si mauquf alaih. Bahkan mampu menjadi sumber dana umat Islam untuk mengembangkan dakwah Islamiyah. Bukan semua orang mampu berdakwah. Jadi, sekurang-kurangnya bantulah orang yang buat kerja-kerja dakwah.
5) Sebagai tanda bersyukur di atas pengurniaan rezeki yang melimpah-ruah dari Allah SWT dan dapat menumbuhkan sifat zuhud dengan harta tersebut. Hendak bawa kemana harta-benda dunia tu? Rugi sekiranya tidak sempat ditukar dalam bentuk pahala yang terus mengalir di akhirat nanti.
Alhamdulillah ! Melalui ibadat wakaf dan infak fisabilillah dari para sahabat-sahabat pembaca CCUK ini Pondok Balai Ilmu, Pusat Pengajian Celik Al-Quran yang Ust. Kay usahakan telah hampir siap sepenuhnya. Cuma tinggal pasang kerpet sahaja untuk keselesaan jemaah pengajian yang terdiri dari anak-anak dan warga emas. Seandainya ini ‘offer terakhir’ dari Allah sebelum pondok siap sepenuhnya atau sebelum kita…
Ukuran pusat pengajian tersebut ialah 24 X 36 kaki = 864 kaki persegi sahaja. Untuk karpet yang selesa, kos sekaki persegi lebih kurang RM 15.00. Jadi Ust. Kay perlukan RM 12,960.00 lagi untuk memenuhi keseluruhan ruang pengajian tersebut. Untuk itu, Ust. Kay offer wakaf RM 15.00 untuk sekaki persegi kepada para pelabur unit saham akhirat yang berminat. Yakinlah ! Karpet itu nanti mampu ‘menerbangkan’ kita masuk ke syurga. Bank In… insya Allah Syurga In !
AKAUN I-TAWFIR BANK RAKYAT : 220851161506
AKAUN MAYBANK ISLAMIC : 162133298848
CIMB ISLAMIC 12440005340201
KESIMPULAN :
Di akhirat nanti ‘Urusniaga dalam matawang Pahala sahaja’. Ketika itu duit kita RM, USD atau Pound Sterling yang bertimbun di bank sudah tidak bernilai sekiranya tak sempat kita buat ‘money changing’ di dunia ini antaranya dalam bentuk ibadat wakaf. Wallahu a’lam - Kita selalu kumpul sesuatu yang akan kita tinggalkan, bukan sesuatu yang akan kita dapat…pelik-pelik ! Ukay’s (Ust. Hj. Kamil Sidek 0192319872)