السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (Edisi Khas Tazkirah Ramadhan) Jumaat, 6 Ramadhan 1435H : RAMADHAN BULAN CUCI BASHIRAH - Untuk dikupas oleh Pentazkirah atau dibaca oleh Imam atau Bilal Terawih (15 - 20 minit sahaja)
Tuan-tuan, puan-puan dan para pengihya’ Ramadhan sekalian,
Pada sudut bahasa, Al-Bashirah bererti mata hati atau hati nurani, jika dihubungkan dengan Allah, maka segala pandangan dan lintasan hati mampu dilihat atau diketahui-Nya. Jika dihubungkan dengan manusia pula, maka mempunyai empat maksud, iaitu (a) ketajaman hati, (b) kecerdasan, (c) kemantapan dalam agama, dan (d) keyakinan hati dalam hal agama dan realiti kehidupan. Mata hati dikenali juga sebagai hati nurani.

PENCERAHAN :
Sebahagian mufasirin, antara lain al-Farra’, Ibn ‘Abbas, Muqatil dan Sa’id ibn Jabir menafsirkan maksud Bashirah sebagai mata batin, seperti yang dikutip oleh al-Maraghi, dan Fakhrur Razi menafsirkan dengan maksud akal sihat. Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyyah pula, Bashirah adalah cahaya yang ditiupkan oleh Allah SWT ke dalam Qalb, oleh kerana itu ia mampu memandang hakikat kebenaran seperti pandangan mata.

Contohnya, jika seorang pencuri atau perompak menembak seorang Jaga (security guard) disebut sebagai penjahat. Tetapi seorang pembunuh yang mencincang tubuh mangsa atau perompak yang memperkosa wanita didepan ibu dan bapanya yang tidak berdaya menyelamatkannya setelah diikat, atau penculik kanak-kanak yang bertindak merobek dan membelah dada mangsa yang dalam keaadaan separuh sedar kerana bius untuk dijual organ dalamannya. Semua ini bukan sekadar disebut sebagai penjahat lagi tetapi dikira sebagai sudah tidak ada hati perut atau tidak lagi memiliki hati nurani.
Nurani merupakan subsistem kejiwaan manusia. Menurut Al Qur’an, manusia dianugerahi akal untuk berfikir dan memecahkan masalah, dianugerahi hati untuk memahami makna kehidupan hakiki. Allah telah berfirman;
أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ
"Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? Kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada." (QS Al-Hajj : 46)
Menurut Ibn Qayyim al Jauziyyah lagi, memandang dan memperhatikan tanda-tanda kekuasaan Allah itu ada dua cara :
1) Melihat dengan mata kepala. Contohnya melihat birunya langit, bintang-bintang tinggi dan luasnya. Ini adalah perhatian yang sama di antara manusia dan haiwan. Itu sahaja dan ini bukan yang diperintahkan oleh Allah SWT.
2) Melihat dengan mata hati (Bashirah). Ia menyaksikan keluasan-Nya, keagungan-Nya, kebesaran-Nya, dan ketinggian-Nya. Hebat hasil ciptaan pasti lebih hebat lagi Penciptanya.

Bashirah manusia dalam mencari cahaya yang cemerlang ini terbahagi kepada tiga bahagian pula:
1. Orang yang tidak memiliki Bashirah iman sama sekali. Dia hanya melihat kegelapan, petir, dan kilat. Dia meletakkan dua jarinya di telinganya kerana takut kepada bunyi petir, dan meletakkan tangan di matanya kerana takut melihat kilat, khuatir akan membutakan matanya. Pandangannya tidak menjangkau apa yang ada di balik itu semua, seperti rahmat dan sebab-sebab kehidupan yang abadi.

Orang seperti kelompok pertama ini adalah orang yang menutup mata terhadap agama. Dia tidak menerima agama Allah SWT yang diturunkan untuk hamba-hamba-Nya sepenuhnya. meskipun dia telah mendengar, menyaksikan dan menerima semua ayat-ayat-Nya, mahupun risalah daripada pesuruh-pesuruh-Nya.
2. Para pemilik Bashirah yang lemah, yang pandangan mereka kepada cahaya ini seperti pandangan kelawar terhadap cahaya matahari. Mereka mengikuti saja amalan ritual nenek moyang mereka. Agamanya adalah agama adat dan lingkungan tempat mereka berada. Mereka inilah yang dimaksud oleh Ali bin Abi Thalib r.a dengan ucapan beliau; “Orang yang tunduk kepada kebenaran, tapi tidak punya Bashirah untuk memilih kebenaran itu.”
3. Mereka adalah para pemilik Bashirah tajam yang menyaksikan nur (cahaya) yang terang ini. Mereka memiliki keyakinan dan Bashirah terhadap keindahan dan kesempurnaan nur ini. Seandainya lawan dari nur ini dipaparkan ke akal mereka, pasti mereka melihatnya seperti malam yang gelap gelita. Inilah inti perbezaan antara mereka dengan kelompok sebelumnya.
Antara tanda orang yang tidak memiliki Bashirah. Kita melihat dia menyukai sesuatu, tetapi pada yang sama, juga menyukai lawannya. Dia memuji sesuatu, tapi kekadang juga membencinya, dia mengagungkan ketaatan kepada Rasul SAW dan memandang pelanggaran ajaran Baginda sebagai dosa besar, tapi dia sendiri tergolong orang yang paling menentang ajaran tersebut, dan di sesetengah keadaan, paling keras memusuhi orang yang cuba mengamalkan dan menegakkan Al-Quran dan Sunnah. Ini kerana dia tidak memiliki Bashirah.
Fungsi al-Bashirah antaranya ialah;
1. Melihat apa yang akan terjadi pada akhirat
2. Menyaksikan betapa hina dan rendahnya dunia.
3. Merasa pasti bahawa akhirat jauh lebih baik dan lebih memuaskan serta kekal abadi
1. Melihat apa yang akan terjadi pada akhirat
2. Menyaksikan betapa hina dan rendahnya dunia.
3. Merasa pasti bahawa akhirat jauh lebih baik dan lebih memuaskan serta kekal abadi
Tingkatan al-Bashirah;
1. Asma Wa Sifat (asmaul husna) Mengenal sunguh-sungguh sifat-sifat Allah.
2. Perintah dan Larangan. Membebaskan hati dari sebarang bentuk penentangan. Dengan melakukan ta’wil, dan menghindari taqlid atau hawa nafsu, sehingga hati bersih dari syubhah yang bertentangan dengan perintah dan larangan Allah.
3. Janji dan Ancaman. Meyakini janji benar Allah pada mereka yang taat dan ancaman azab pada mereka yang derhaka.

Dengan pandangan Bashirah
Bersaksi antara mulus hati
Terpancar cahaya dari tujuh telaga jiwa
Terlihat cahaya halus dengan gerak rasa
Bukan dengan pandangan mata biasa
Tapi dengan mata hati yang bercahaya
Bersaksi antara mulus hati
Terpancar cahaya dari tujuh telaga jiwa
Terlihat cahaya halus dengan gerak rasa
Bukan dengan pandangan mata biasa
Tapi dengan mata hati yang bercahaya
Dengan pandangan Bashirah…
Terangkat takbir rahsia malakut
Yang terhijab selama ini
Menghadirkan hati ketika lisan berzikir
Berbicara tentang hakikat dan maqamat
Terangkat takbir rahsia malakut
Yang terhijab selama ini
Menghadirkan hati ketika lisan berzikir
Berbicara tentang hakikat dan maqamat
Dengan pandangan bashirah…
Di dalam relung hati yang paling dalam
Makhluk menjadi tirai mengenal diri
Jiwa menjadi tirai mengenal tuhan
Dan..dengan mata hati..
Segala galanya jadi kosong..
Yang nampak hanyalah Kebesaran Ilahi.
Di dalam relung hati yang paling dalam
Makhluk menjadi tirai mengenal diri
Jiwa menjadi tirai mengenal tuhan
Dan..dengan mata hati..
Segala galanya jadi kosong..
Yang nampak hanyalah Kebesaran Ilahi.
Tuan-tuan, puan-puan dan para pengihya’ Ramadhan sekalian,
SEBAGAI KESIMPULANNYA :
Melihat, bukan hanya kerana ada mata, tetapi juga dipengaruhi dengan adanya ‘cahaya’. Sesuatu yang haram tetap disentuh padahal mata berfungsi dengan baik dan cahaya pun ada, kenapa? Kerana cahaya dalam hatinya redup atau telah malap. Sempena bulan Ramadhan ini marilah kita cuci mata hati kita, agar terus terang dan dapat dimanfaatkan. Wallahu a’lam - Melihat dengan mata hati dan mata kasar. Ukay’s.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan