Selasa, 22 Julai 2014

hari demi hari—
aku belajar utk melupakan,
belajar utk merelakan,
belajar utk tabah,
belajar utk berjalan sendiri.

hari demi hari—
aku cuba mengikhlaskan,
semua yg datang akan pergi,
yg tinggal cuma kenangan.

hari demi hari—
aku perlahan lahan mencari redha Ilahi,
mencari kekuatan yg kian hilang,
mencari petunjuk,
kemana harus aku pergi.

hari demi hari—
aku doa supaya Tuhan hilangkan rasa duka ini,
sebab aku nak bahagia macam org lain,
aku tak nak lagi sedih,
rasa kecewa yg menyakitkan jiwa.

moga,
tiap kamu merasa hal yg sama,
terus kuat hadapi semua ini :’)

kebahagiaan pasti milik kita.

Tiada ulasan: