السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (Edisi Khas Tazkirah Ramadhan) Jumaat, 27 Ramadhan 1435H : RAMADHAN PENGHUJUNGNYA MUHASABAH DIRI - Untuk dikupas oleh Pentazkirah atau dibaca oleh Imam atau Bilal Terawih (15 - 20 minit sahaja)
Tuan-tuan, puan-puan dan para pengihya’ Ramadhan sekalian,
Maksud muhasabah diri ialah seseorang itu melakukan muhasabah terhadap dirinya sendiri. Muhasabah itu bertujuan mengislah diri dan membetulkan akhlak di dunia ini. Pintu taubat sentiasa terbuka sebelum kematian menjelma. Muhasabah akan diikuti taubat, dan tiada taubat selepas mati. Apatah lagi baru muhasabah diri…
PENCERAHAN :
Muhasabah ini bukan pada sudut material atau perniagaan, untuk mengetahui untung atau rugi iaitu dengan melaksanakan SWOT Analysis. Sebaliknya, ia bertujuan untuk mengetahui untung dan rugi seseorang insan pada usahanya mentaati Allah atau melakukan maksiat khususnya sepanjang Ramadhan ini. Jika terdapat sebarang penyelewengan atau kecuaian, maka hendaklah dia segera bertaubat, kembali kepada Allah dalam bulan penuh keberkatan yang masih berbaki ini.

Ibnu Qudamah berkata: “Pengertian muhasabah ialah melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan kerugian, agar dapat mengenalpasti sebarang penambahan dan pengurangan. Modalnya dalam konteks agama ialah perkara yang difardhukan, keuntungan ialah perkara sunat dan kerugiannya pula ialah maksiat.”
Ibnul Qaiyim pula berkata: “Muhasabah ialah membezakan antara apa yang diperolehinya dan apa yang perlu ditanggungnya. Setelah mengetahui yang demikian, maka dia hendaklah membawa apa yang diperolehinya dan melunaskan apa yang ditanggungnya. Dia seolah-olah seorang musafir yang tidak akan kembali. Dalil-dalil yang menyuruh melakukan muhasabah diri terdapat di dalam al-Quran, hadith dan kata-kata salafus soleh.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan) Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan." (QS Al-Hashr : 18)
Saidina Umar bin al-Khattab r.a, berkata: “Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia.
Manusia pada hari ini tidak sabar-sabar hendak memperbanyakkan duit. Mereka menyertai pelbagai Mutual, Amanah Saham dan sebagainya, bertanya berapa dividen atau gandaan wang yang akan diperoleh hasil daripada pelaburan. Ini semua dilakukan kerana ingin menggandakan harta dan wang ringgit masing-masing.
Barangan kosmetik digunakan untuk menggandakan kecantikan. Ini adalah fitrah manusia yang boleh dilihat dalam realiti kehidupan. Manusia memang seperti ini, sukar untuk merasa cukup dan sentiasa berusaha untuk mendapat lebih. Tetapi di manakah usaha-usaha dalam menggandakan amalan kebaikan dan perbuatan soleh demi untuk mendapatkan keredhaan dan syurga di sisi Allah SWT di penghujung Ramadhan ini? Cukupkah? Memadaikah untuk terhindar dari azab neraka Allah? Layakkah sudah untuk masuk syurga Allah?
KESIMPULANNYA :
Hal ini perlu dijadikan muhasabah. Apatah lagi di bulan Ramadhan yang penuh kerahmatan, keampunan dan jaminan keselamatan dari ancaman azab seksa neraka Allah SWT. Selamat memandu, hati-hati dan hisab-hisablah bahaya di hadapan. Wallahu a’lam - Calculate lah diri sebelum Yaumul Calculation ! Ukay’s