Isnin, 24 Februari 2014

PUISI TERAKHIR IMAM SYAFIE

Puisi Terakhir Imam Syafie
Puisi Terakhir
Tidak diragui lagi bahawa Imam Al-Shafie memiliki bakat puisi yang tinggi. Sekiranya beliau mahu, beliau boleh menjadi salah seorang pemuisi yang unggul pada zamannya. Walaupun tidak memberikan tumpuan kepada bidang ini, namun beliau telah menghasilkan puisi-puisi yang sangat baik.
Al-Mubarrid berkata: “Semoga Allah merahmati Imam al-Shafie. Beliau ialah seorang pemuisi terbaik, paling mahir tentang kesusasteraan dan paling arif tentang al-Quran.” Kebanyakan tema puisi beliau menyentuh sama ada mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku, pengajaran kemasyarakatan, hikmat keagamaan atau pengalaman hidup beliau sendiri. Kebanyakannya sesuai untuk dijadikan panduan dan contoh bagi mewakili tema masing-masing. - Ustaz Syauqi

Puisi terakhir Imam Syafie ini dialunkan tatkala Imam Muzani menziarahi beliau diwaktu beliau sedang sakit tenat. 

Puisi Terakhir Imam Syafie

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku
وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah
ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku
جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu


Puisi Terakhir Imam Syafie
فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan
ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku
ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

Puisi Terakhir Imam SyafiePuisi Terakhir Imam SyafiePuisi Terakhir Imam Syafie
عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu
فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan
Puisi Terakhir Imam Syafie
و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka
فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya
وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

Puisi Terakhir Imam SyafiePuisi Terakhir Imam SyafiePuisi Terakhir Imam Syafie

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon
أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى 
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu
وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

Puisi Terakhir Imam Syafie
فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap
تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang
فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini
وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia

Puisi Terakhir Imam SyafiePuisi Terakhir Imam SyafiePuisi Terakhir Imam Syafie

Terima kasih bersama Relaks Minda... Santapan mata dan rohani anda.

sumber di SINI
Author by Bin Muhammad

Read more: http://www.facebook.com/RelexMinda http://relakssminda.blogspot.com/2014/02/puisi-terakhir-imam-syafie.html#ixzz2uE3mTtk6
Original from Relex Minda FB Page
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial

7 CARA UNTUK TERLEPAS DARIPADA MELAKUKAN DOSA

1 -Memohon perlindungan daripada kepada Allah SWT dan berdoa serta memohon kepada Allah SWT dengan bersungguh supaya Allah SWT menghapuskan dosa kita.

Allah SWT berfirman :

Al-Baqarah :186. Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

2 -Mujahadah diri atau berusaha bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu dan mempertahankan / Sabar dengan nilai-nilai agama daripada runtuh serta menyucikan diri dengan cara taat sepenuhnya kepada perintah Allah SWT.

Allah SWT berfirman :

As-Syam :

7. dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),

8. maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.

9. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,

10. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.

Surah Al-Angkabut :69.

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.

3 -Ingat kepada amaran Allah SWT yang amat keras terhadap dosa pakaian, rasa takut kepada azab Allah SWT serta sentiasa ingat kepada dosa yang telah kita lakukan.

4 – Merasakan Allah SWT sentiasa dekat dengan hambanya sehingga kita tidak berpeluang melakukan doasa walaupun sesaat.
5 – Merasa malu kepada Allah SWT, membayangkan perbuatan dosa tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bergelar mukmin atau orang beriman.

6 -Cuba bayangkan jika kematian datang dalam keadaan kita melakukan maksiat kepada Allah SWT. Bagaimana kita akan bertemu dan dibangkitkan dalam keadaan tersebut dihadapan Allah SWT ?.

7 -Ingat kepada persiapan Allah SWT untuk menyambut kedatangan hambanya yang soleh, Syurga diperhiaskan seindah-indah adalah untuk kita, Apakah kita sanggup membawa dosa dan mem mempersembahkannya kepada Allah SWT Yang Maha Suci dan Maha Pemurah ?

Jika dosa yang kita bawa, maka ingatlah azab Allah SWT tidak mengenal belas kasihan terhadap sesiapa pun !!!

7 TANDA TAKUT KEPADA ALLAH SWT

Tanda-tanda takut kepada Allah SWT kelihatan dalam tujuh perkara :
1- Lidahnya tidak berdusta, mengumpat, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap tetapi lidah orang yang bertaqwa sentiasa berzikir kepada Allah SWT, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmiah.
2- Hatinya tiada permusuhan,kebodohan, kedengkian pada sahabat kerana kedengkian akan menghapuskan segala pahala kebaikan.
3- Pandangannya tidak suka memandang makanan, minuman, pakaian atau lain-lain perkara haram dan tidak terpikat pada dunia. Rasulullah SAW bersabda ” Sesiapa memenuhi matanya daripada perkara Haram, maka Allah SWT akan memenuhinya dengan daripada api pada hari Kiamat “.
4- Perutnya tidak dipenuhi dengan hasil haram, Rasulullah SAW telah bersabda ” Setiap suapan daripada yang haram masuk ke perut seseorang, maka segala Para Malaikat di langit dan di bumi melaknatnya selama suapan itu berada dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di dalam Neraka “.
5- Kedua tangannya tidak diguna untuk perkara haram malah kedua tangannya diguna untuk perkara keTaatan kepada Allah SWT.
6- Pada kedua kakinya tidak melangkah ke tempat maksiat , malah kedua kakinya hanya melangkah ke tempat Ketaatan kepada Allah SWT.
7- Segala Ketaatan kepada Allah SWT bukanlah bertujuan Riya’ atau berbersifat Munafiq tetapi segala Ketaatannya adalah Ikhlas kepada Allah SWT semata-mata.
Lihatlah Ganjaran dan Janji Allah SWT kepada mereka yang bertaqwa ( Takut kepada Allah SWT ).:
” Sesungguhnya orang yang bertaqwa dalam kebun-kebun dan mata air ( Syurga ) “. Surah Al-Hijr : 45.
Kitab Penenang Jiwa Imam Al-Ghazali . M/S : 3-5.

Selasa, 18 Februari 2014

4 Ayat Peringatan Dari Al-Quran Yang Meredakan Sedih Manusia


Assalamualaikum w.b.t

Bermacam-macam cara manusia sekarang lakukan untuk meredakan kesedihan masing-masing.
  • Ada yang sibuk-sibukkan diri dengan pekerjaan.
  • Ada yang melayan perasaan sedih dengan mendengar lagu.
  • Ada yang lebih suka bercerita kepada orang sana sini untuk melepaskan cengkaman sedih.
Tapi... mampukah kesedihan di buang dengan cara-cara di atas? Kalau mampu sekalipun, hati terubat itu selalunya tak lama.
 Sedih
  
Zaman sekarang berbagai masalah semakin kompleks. Entah itu komplikasi dari masalah keluarga yang tak kunjung selesai, masalah hutang yang belum terbayar, bingung kerana ditinggalkan pergi oleh sang kekasih, ataupun masalah-masalah lain. 
Semuanya akan membuatkan jiwa seseorang jadi kosong, lemah atau merana.
“Sedih!!” merupakan kata-kata menandakan seseorang tengah dilanda rasa kegelisahan, kecemasan, serta kesedihan pada jiwanya. 
Pada dasarnya, manusia adalah makhluk yang paling sering dilanda masalah hidup. Ketika seseorang dihadapkan pada suatu masalah, sedangkan dirinya belum atau tidak bersedia menghadapinya, tentu jiwa dan fikirannya akan terganggu.
Dan perkara tersebut sudah tentulah menjadi fitrah bagi setiap insan.
...Jangankan kita manusia biasa, bahkan Rasulullah pun pernah mengalami keadaan keadaan sedih pada tahun ke-10 masa kenabiannya...
Jangankan kita sebagai manusia biasa, bahkan Rasulullah Muhammad shalallahu alaihi wasallam pun pernah mengalami keadaan tersebut pada tahun ke-10 masa kenabiannya. Pada masa yang masyhur dengan ‘amul huzni (tahun duka cita) itu, beliau ditinggal wafat oleh pamannya, Abu Thalib, kemudian dua bulan disusul dengan wafatnya isteri yang sangat beliau sayangi, Khadijah bintu Khuwailid.
Sahabat Abu Bakar, ketika sedang perjalanan hijrah bersama Rasulullah pun di saat berada di dalam gua Tsur merasa sangat cemas dan khawatir dari buruan kaum Musyrikin dalam perburuan mereka terhadap Rasulullah. Hingga turunlah surah At-Taubah ayat 40 yang menjadi penenang mereka berdua dari rasa kesedihan yang berada pada jiwa dan fikiran mereka.
Jangan Bersedih, Innallaha Ma’ana!
“Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kami” (At Taubah: 40)
Ayat al-Quran di atas mungkin dapat menjadikan kita agar lebih merenungi lagi terhadap setiap masalah apapun yang kita hadapi. Dalam setiap persoalan yang tak kunjung terselesaikan, maka hadapkanlah semua itu kepada Allah Ta’ala. Tak ada satupun manusia yang tak luput dari rasa sedih. Apa yang penting cara kita menghadapi kesedihan.
...Allah telah memberikan solusi kepada manusia untuk mengatasi rasa sedih yang sedang menghimpit jiwa...
Adakalanya, seseorang berada pada saat-saat yang menyenangkan. Tetapi, ada pula kita akan berada pada posisi yang tidak kita harapkan. Semua itu sudah menjadi takdir yang telah Allah Ta’ala tetapkan untuk makhluk-makhluk Nya.
Tetapi, Allah Ta’ala juga telah memberikan solusi-solusi kepada manusia tentang bagaimana cara mengatasi rasa sedih yang sedang menghampiri jiwa. Kerana dengan stabilnya jiwa, tentu setiap orang akan mampu bergerak dalam perkara-perkara positif, sehingga dapat membuat langkah-langkahnya menjadi lebih bermanfaat, terutama bagi dirinya lalu untuk orang lain.
Berikut ini adalah kunci dalam mengatasi rasa sedih;
1. Sabar
Hal pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad ketika menghadapi kesedihan yang tiada henti adalah dengan meneguhkan jiwa dalam bingkai kesabaran. Karena dengan kesabaran itulah seseorang akan lebih mampu menghadapi setiap masalah berat yang mendatanginya.

Allah Ta’ala berfirman, “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (Al-Baqarah:153).


Selain menenangkan jiwa, sabar juga dapat menstabilkan kacaunya akal fikiran akibat beratnya beban yang dihadapi.
2. Adukanlah semua itu kepada Allah
Ketika seseorang menghadapi persoalan yang sangat berat, maka sudah pasti akan mencari sesuatu yang dapat dijadikan tempat mengadu dan mencurahkan isi hati yang telah menjadi beban baginya selama ini. Allah sudah mengingatkan hamba-Nya di dalam ayat yang dibaca setiap muslim minimal 17 kali dalam sehari:
“Hanya kepada-Mulah kami menyembah, dan hanya kepada-Mulah kami meminta pertolongan” (Al Fatihah:5) 
...ketika keluhan itu diadukan kepada Sang Maha Pencipta, maka akan meringankan beban berat yang kita derita...
Manusia adalah makhluk yang banyak sekali dalam mengeluh. Dan seandainya keluhan itu diadukan kepada Sang Maha Pencipta, maka semua itu akan meringankan beban berat yang selama ini kita derita.
Rasulullah shalallahi alaihi wasallam ketika menghadapi berbagai persoalan pun, maka hal yang akan beliau lakukan adalah mengadu ujian tersebut kepada Allah Ta’ala. Karena hanya Allah lah tempat bergantung bagi setiap makhluk.

3. Positive thinking
Positive thinking atau berfikiran positif, perkara tersebut sangatlah membantu manusia dalam mengatasi rasa sedih yang sedang menghinggapinya. Karena dengan berfikir positif, maka, segala bentuk-bentuk kesukaran dan beban yang ada pada dalam diri menjadi terubat. Kerena adanya sikap bahwa segala yang kesusahan-kesusahan yang dihadapi, pastilah mempunyai jalan yang lebih baik yang sudah ditetapkan oleh Allah Ta’ala. 


Sebagaimana firman-Nya;
“Karena Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan” 
(Al-Insyirah:5-6)
4. Dzikrullah (Mengingat Allah)
Orang yang sentiasa mengingat Allah Ta’ala dalam segala hal yang dikerjakan. Tentunya akan menjadikan masalah sebagai satu perkara positif bagi dirinya, terutama dalam jiwanya. Kerana dengan mengingati Allah segala persoalan yang dihadapi, maka jiwa akan menghadapinya lebih tenang. Sehingga rasa sedih yang ada dalam diri bisa perlahan-perlahan dihilangkan. 
Dan sudah merupakan janji Allah Ta’ala, bagi siapa saja yang mengingatnya, maka didalam hatinya pastilah terisi dengan ketenteraman-ketenteraman yang tidak dapat di mana-mana.
...Bersabar, berfikiran positif, ingat Allah dan mengadukan semua persoalan kepada-Nya adalah solusi segala persoalan...
Sebagaimana firman-Nya:
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram”  (Ar-Ra’du 28) 


Berbeza dengan orang-orang yang lalai kepada Allah, yang di mana jiwa-jiwa mereka hanya terisi dengan rasa kegelisahan, kesdedihan serta kecemasan semata-mata. Tanpa ada apa-apa menenangkan jiwa-nya untuk jangka masa yang panjang.
Bersabar, berfikiran positif, mengingat Allah, serta mengadukan semua persoalan kepada-Nya merupakan kunci dari segala persoalan yang sedang dihadapi. 
Tak usah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita (^_^)

Read more: http://senyumtanpagedik.blogspot.com/2013/06/4-ayat-peringatan-dari-al-quran-yang.html#ixzz2teoCC3gg

Rindu Terlarang: Tips Dan Doa Mengawal Perasaan Yang Datang Tiba-Tiba



Assalamualaikum w.b.t




Bukan cinta terlarang ye. Tapi rindu terlarang. Dari tajuk entry, tuan blog seperti bagus je bila berdepan perasaan rindu. Macam nak bagitau tips rindu boleh di buang, di tepis macam tu saja.



Jadi.


Memang sangat tak betul lah jawapannya. Sebab saya sendiri tak ada beza macam orang-orang kebanyakan. Bila perasaan itu tiba-tiba datang, seharian hanya terbayang insan-insan yang di rindui =)


Ini cuma tips yang saya dapat daripada seseorang. Sebab saya rasa ia sangat berhasil, so, saya ingin share bagi mereka yang juga di timpa perasaan yang tak di undang ini.


Salah satu tips bila teringat/rindu datang menjengah di hati suka-suka hati. 


Terimalah rindu sebagai bukti menunjukkan diri kita masih seorang yang normal =) 


Jangan berasa marah terhadap rindu. Jangan sedih bila rindu. Jangan biarkan rindu mengganggu kehidupan sehari-harian kita.


Rindu yang ada bukan untuk di buang. Tapi, rindu itu hendaklah di kawal oleh setiap empunya badan. Kalau rindu pada pasangan yang halal, di persilakan dan di alu-alukan menghubungi pasangan seandainya dia berada di kejauhan.


Sebaliknya bagi yang ada rindu pada orang-orang yang tak sepatutnya. Contohnya:
  • Belum ada atau sudah ada pasangan. Tapi rindu pada pasangan orang lain.
atau 
  • Rindu pada bekas teman lelaki/perempuan.
atau
  • Rindu pada seseorang yang tak mengetahui bahawa kita rindu pada dia.

Di sinilah bermulanya tugas diri mengawal perasaan:


1) Jangan Paksa Diri, Cuba Untuk Redha
Melakukan sesuatu perkara dengan cara terpaksa, selalu berakhir dengan rasa sakit atau penat. Parah rindu selalu semakin menjadi-jadi bila kita masih mengharapkan sesuatu dari cinta insan terlarang.
Terima hakikat bahawa dia bukanlah orang yang di takdir sebagai jodoh kita, akan membantu kita menghilangkan perasaan tak di undang.
Percayalah. 
Edit Note: Tapi, kalau betul dia adalah jodoh kita yang sebenarnya kat dunia ni, insya Allah, sampai satu masa dia akan tampil sebagai jodoh kita. Dengan ketentuan Allah (^_^).
Jadi berdoalah. Pohonlah yang terbaik dari Allah untuk diri masing-masing. 

2) Doa Untuk Dia
Apa kita buat kalau kita jatuh hati pada seseorang? Tentu kita berharap dia menjadi takdir jodoh kita. Tapi, di sebabkan dia yang kita maksudkan sudah memiliki orang lain. Maka, setiap kali rindu itu mengganggu, doakanlah insan yang kita ingat itu mampu hidup bahagia walaupun tanpa kehadiran kita.

Logiknya, bila kita mengharapkan perkara baik-baik berlaku pada orang berkenaan. Bererti kita betul-betul sudah mampu percaya segala yang berlaku adalah ketentuan Allah yang tidak pernah dengan tujuan menganiaya. Tak pernah. Melainkan segala yang di atur adalah aturan terbaik untuk semua pihak. Ya, semua pihak.

3) Terrrr Ingat Itu Tak Salah, Contact Jangan Sekali 
Kita sebenarnya sedar kita tak mampu miliki sesuatu. So, jangan geli-gelikan tangan untuk menghubungi orang-orang tersebut. JANGAN. Jangan rendahkan harga diri kerana insan-insan yang takkan menjadi milik kita.
Sesekali jangan! 

4) Doa Untuk Diri Sendiri Juga
Dalam kita mendoakan orang lain. Jangan lupa mendoakan untuk diri sendiri jugak. Doa senjata kekuatan orang mukmin. Doa bererti kita percaya ada yang Maha Kuasa mampu membantu kita dalam apa jua keadaan. Doa padaNya, bererti kita yakin kewujudan Pencipta Yang Berkuasa Mutlak ke atas setiap makhluk. 

Read more: http://senyumtanpagedik.blogspot.com/2013/05/rindu-terlarang-tips-dan-doa-mengawal.html#ixzz2telASRvv